web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Final Piala Malaysia: Penyokong Dingatkan Tidak Bawa Bendera, Kibar Bendera Politik

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 3:30PM

Jurulatih JDT Hector Bidoglio (kiri) dan Kapten Pasukan JDT Farizal Marlias (dua dari kiri) bergambar bersama pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem (tiga,kiri) dan Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe selepas sidang media Pra Perlawanan Piala Malaysia 2022 di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyokong dilarang membawa masuk dan mengibar bendera berunsurkan politik pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam esok.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ACP (B) Md Dali Wahid berkata tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana penyokong yang didapati berbuat demikian selain menegaskan aksi final di stadium bukanlah tempat untuk meraikan atau menunjuk rasa tidak puas hati mengenai perkara berkaitan politik.

“Mungkin kita masih terawang-awang dan teringatkan apa yang berlaku dalam negara ketika ini. Bendera-bendera melibatkan politik mungkin boleh buat orang di luar rasa tidak puas hati dan sebagainya.

“Jadi, jangan bawa masuk ke dalam stadium (apa-apa barangan) yang boleh cetuskan provokasi dan menggugat keamanan negara,” katanya pada sidang media keselamatan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin menjangkakan 80,000 penyokong membanjiri Stadium Nasional sebaik pintu masuk dibuka 5 petang dan untuk itu, persiapan rapi telah dilakukan polis bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki pekarangan stadium,” katanya.

Selain itu, beliau berkata terdapat beberapa penutupan jalan di sekitar Stadium Nasional sebelum dan selepas perlawanan, antaranya sepanjang Jalan Barat bermula dari persimpangan Taman Teknologi Malaysia (TPM) hingga Persimpangan Merah Caga.

“Penyokong dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam dan bagi yang memandu kenderaan sendiri, dinasihatkan supaya mengamalkan sikap bersabar, berhemah dan bertolak-ansur sepanjang pemanduan,” katanya.

Selangor adalah pasukan paling berjaya dalam saingan Piala Malaysia dengan merekodkan 33 kali kejuaraan sementara JDT pula muncul juara sebanyak dua kali pada 2017 dan 2019 sejak penubuhan kelab itu pada 2013.

Pada edisi lepas, JDT kempunan merangkul kejuaraan selepas tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di pentas final. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad