web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Misi Serampang 2 Mata Speedy Tigers Di Ipoh, Esok

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 6:58PM

A Arul Selvaraj - Gambar dari Facebook MHC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki kebangsaan, Speedy Tigers, berazam melunaskan dua misi penting pada aksi final Piala Sultan Azlan Shah menentang Korea Selatan di Ipoh, esok.

Ketua jurulatih negara, A Arul Selvaraj, berkata selain mencipta sejarah merangkul kejuaraan sulung gelaran berprestij itu, Speedy Tigers juga mahu membalas dendam atas kekalahan 2-1 di final kepada Korea Selatan yang mengecewakan impian Malaysia merangkul Piala Asia di Jakarta, Mei lalu.

Selain itu, Malaysia memulakan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2022 dengan langkah kiri selepas dikecewakan oleh juara bertahan itu, 3-0, pada 1 November lalu.

“Barisan pemain sedar betapa terlalu banyaknya sebab mengapa perlu memenangi kejuaraan. Malah, sama pentingnya, sudah tiba masanya untuk  menebus kekecewaan selama ini.

Kemenangan akan menjadi cara kami untuk menunjukkan tanda terima kasih dan penghargaan atas semua sokongan yang diberikan oleh Konfederasi Hoki Malaysia, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, penaja dan keluarga dan peminat kami.

“Sokongan luar biasa telah membawa kami ke pentas final,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arul Selvaraj juga mengingatkan anak buahnya perlu melipat gandakan usaha keras kerana tiada apa yang datang dengan mudah pada perlawanan akhir menentang pasukan lawan bimbingan Shin Seok Kyo.

Sementara itu, Seok Kyo di sebalik azam mahu mempertahankan kejuaraan, katanya, mereka turut sedar bahawa mereka akan berdepan dengan skuad Malaysia yang berbeza di aksi final.

“Pasukan ini bukan pasukan yang sama yang kami tewaskan pada perlawanan pembukaan. Mereka telah meningkat dengan setiap perlawanan dan saya percaya yang terbaik mereka masih belum ditonjolkan,” katanya.

Di samping sokongan padu peminat tempatan yang membantu meningkatkan semangat juang tinggi, katanya, pasukannya menyahut cabaran dengan gaya tersendiri dan bermain seperti biasa.

Dalam kejohanan enam negara itu, Malaysia melangkah ke pentas final dengan mengumpul 10 mata, di belakang Korea Selatan yang mengumpul 13 mata selepas saingan liga sepusingan.

Sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1983, skuad negara muncul naib juara sebanyak lima kali.

Pada edisi 2019, Malaysia menang tempat ketiga selepas menewaskan Kanada 4-2 manakala Korea Selatan muncul juara buat kali ketiga selepas 1999 dan 2010 dengan mengalahkan India 4-2 pada penentuan penalti selepas terikat 1-1 sepenuh masa pada aksi final. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad