web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: KL CITY Tepati Ramalan Ke Suku Akhir, Kedah Tersingkir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 7:56AM

Pemain Terengganu FC (TFC) Mohamad Faisal Abdul Halim (tengah) bersama rakan sepasukannya meraikan kejayaan setelah menjaringkan gol ketika menentang pasukan Sri Pahang FC pada saingan Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang juara, Kuala Lumpur (KL) City FC berhadapan halangan mencabar dalam usaha mempertahankan gelaran, apabila bakal berdepan naib juara Liga Super 2022 Terengganu FC (TFC), pada pusingan suku akhir Piala Malaysia, Ahad ini.

KL City mengesahkan kemaraan dengan keputusan agregat 4-0 menentang PDRM FC, selepas melakar kemenangan 1-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 terbaik yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.

Pemain terbaik final Piala Malaysia edisi lalu, Zhafri Yahya mencetak gol tunggal perlawanan menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-89, sekali gus memecah kebuntuan gol aksi yang berlangsung sedikit hambar itu.

Pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pula, TFC meneruskan momentum cemerlang apabila membenam Sri Pahang FC 4-2, untuk terus menyalakan impian menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia sejak kali terakhir memenanginya pada 2001.

Skuad tuan rumah cemerlang apabila meledak tiga gol masing-masing menerusi Kpah Sherman seawal minit kedua, Muhammad Faisal Abdul Halim (minit ke-29) dan Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-35, sebelum terpaksa beraksi dengan 10 pemain dua minit berselang.

Pengadil Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan TFC Shahrul Nizam Ros Hasni, selepas mengasari tonggak import Sri Pahang Steven Rodriguez.

Bagaimanapun, situasi itu tidak menghalang skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain menghasilkan satu lagi jaringan sebelum rehat, apabila Sherman menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-44 sekali gus mencetak gol kedua peribadinya.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang melakukan kebangkitan dengan meledak dua gol hasil sentuhan Lee Tuck dan Rodriguez, masing-masing pada minit ke-71 dan ke-83, namun ia tidak cukup untuk menghalang TFC daripada mara ke suku akhir dengan keputusan agregat 9-3.

Sementara itu, juara edisi 2016 Kedah Darul Aman (KDA) FC tersingkir daripada saingan, apabila kecundang kepada Negeri Sembilan FC dengan keputusan agregat 2-1, selepas aksi kedua berakhir tanpa jaringan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun terlepas peluang untuk melebarkan jurang agregat, apabila sepakan penalti diambil penyerang import Gustavo dos Santos pada minit ke-71, sekadar singgah di tiang gol.

Di pusingan suku akhir, Negeri Sembilan akan membuat perhitungan menentang pasukan dengan  rekod kejuaraan terbanyak iaitu sebanyak 33 kali, Selangor FC yang mengatasi Kelantan United 1-0 pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Selepas gagal memecah kebuntuan, jaringan yang ditunggu-tunggu hadir pada masa kecederaan babak kedua, selepas pemain tengah pasukan pelawat Nik Akif Syahiran Nik Mat, tertanduk bola ke gawang sendiri sekali gus menyaksikan Selangor mara dengan agregat 3-0. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan