web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Protes Politik Dan Bola Sepak

Bola sepak tidak boleh membabitkan bangsa, agama dan politik. Tapi langsung tidak adakah titik tolak ansur atau jalan tengah?

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 11:11AM

Gambar: SAID KHATIB / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua minggu lepas, Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menggantung pemain import pasukan Selangor 2, Hein Htet Aung, sebanyak satu perlawanan.

Ini adalah kerana beliau melakukan kesalahan mempamerkan simbol yang dikatakan berbaur politik ketika perlawanan menentang PDRM dalam persaingan Liga Perdana.

Pada perlawanan itu, beliau mempamerkan tiga jari tanda solidariti dengan pejuang prodemokrasi di tempat kelahirannya iaitu Myanmar.

Negara tersebut mengalami kemelut politik sejak pihak tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu dan laporan kezaliman pihak tentera terhadap rakyat mereka yang menentang rampasan kuasa itu mendapat kecaman dari seluruh dunia.

Hein Htet Aung didapati bersalah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (2015), yang menyebut: “Sesiapa yang menghina seseorang dalam apa-apa cara, khususnya melalui isyarat atau bahasa yang menyinggung, atau sesiapa yang melanggar prinsip fair play atau mereka yang berkelakuan tidak bersemangat sukan dalam apa-apa cara adalah tertakluk kepada hukuman menurut Art. 10 ff.”

Laman web Semuanya Bola mempersoalkan apakah tindakan FAM ini mempamerkan nilai kemanusiaan tatkala ramai rakyat Myanmar terkorban akibat kekerasan kerajaan mereka sendiri.

Sama ada kita bersetuju atau tidak yang tindak tanduk pemain berusia 20 tahun ini menepati apa yang dirangkum oleh Kod Tatatertib itu dan walaupun pengerusi jawatankuasa disiplin FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata bola sepak tidak boleh membabitkan bangsa, agama dan politik, penggunaan bola sepak sebagai arena protes bukan perkara baru.

Yang paling sering kita lihat ialah protes berbentuk kemeja-T, iaitu apabila seseorang pemain itu memakai kemeja-T yang tertulis sokongan terhadap sesuatu perkara dibawah jersinya, dan mempamerkannya ketika meraikan jaringan gol dan sebagainya.

Sasa Drakulic, pemain bola sepak Yugoslavia pada tahun 1999. Gambar: STR / DAILY SPORT / AFP
Sasa Drakulic, pemain bola sepak Yugoslavia pada tahun 1999. Gambar: STR / DAILY SPORT / AFP

Sebagai contoh, pada tahun 1997, penyerang Liverpool Robbie Fowler berbuat demikian dengan kemeja-T yang melahirkan sokongan terhadap 500 pekerja pelabuhan di Liverpool yang diberhentikan kerja. Beliau didenda oleh UEFA akibat protes tersebut.

Mohamed Aboutrika pula melahirkan sokongan terhadap penduduk Gaza pada tahun 2008 dalam perlawanan Piala Negara-Negara Afrika. Beliau bagaimanapun tidak didenda.

Poster gergasi pemain Mesir Mohamed Aboutreika di Gaza pada tahun 2019. Gambar: SAID KHATIB / AFP
Poster gergasi pemain Mesir Mohamed Aboutreika di Gaza pada tahun 2019. Gambar: SAID KHATIB / AFP

Sama seperti pemain pasukan Liverpool melahirkan solidariti mereka dengan salah seorang perminat mereka yang dituduh membunuh, Michael Shields, dengan memakai kemeja-T yang menyeru dia dibebaskan pada tahun yang sama.

Kod etika atau tatatertib yang menyatakan bahawa perkara berbaur perkauman, politik atau agama tidak boleh dibawa ke atas padang memang wujud di peringkat FIFA serta persatuan-persatuan bola sepak serantau seperti UEFA, AFC dan CONCACAF.

Namun begitu kelihatan semakin banyak pihak yang ‘berlembut’ dalam hal ini. Pihak English Premier League, contohnya, secara terangan menyokong pemain-pemain di liganya yang mahu merendahkan lutut dan menyatakan sokongan terhadap perjuangan ‘Black Lives Matter.’

Era ‘kesedaran’ pasca pembunuhan kejam George Floyd di Amerika Syarikat tahun lalu seolah-olah mengubah angin tentang protes politik di atas padang bola sepak.

Pemain-pemain di Bundesliga, Jodan Sancho, Achraf Hakimi, Weston McKennie dan Marcus Thuram yang membantah pembunuhan Floyd di atas padang dipuji tindakan mereka bukan sahaja oleh Persatuan Bola Sepak German (DFB) tetapi juga FIFA.

Ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan lepas, pasukan kebangsaan Norway memakai kemeja-T yang membantah Qatar sebagai tuan rumah kejohanan itu dek rekod hak asasi manusianya yang tidak baik, terutamanya isu hak pekerja asing yang membina stadium-stadium di sana.

Ketua jurulatih pasukan Norway,Stale Solbakken dan kemeja-T protesnya. Gambar: SAVO PRELEVIC / AFP
Ketua jurulatih pasukan Norway,Stale Solbakken dan kemeja-T protesnya. Gambar: SAVO PRELEVIC / AFP

Tindakan ini disusuli pula oleh Jerman dan Belanda. FIFA tidak mengambil tindakan terhadap pasukan-pasukan ini dan berkata adalah ini hak mereka untuk bersuara.

Tampak seperti arah angin sudah beralih di peringkat tertinggi bola sepak dalam isu protes di atas padang. Kita sedikit tertinggalkah?

Tragedi George Floyd seolah-olah menampakkan bahawa perlu ada budi-bicara dalam soal protes di atas padang. Walaupun bola sepak mahu sukan melangkaui isu perkauman, keagamaan dan politik, tetapi adakah isu berbentuk kemanusiaan perlu diketepikan?

Di peringkat tertinggi bola sepak antarabangsa kita sudah lihat pegangan beberapa pegawai tertinggi berganjak. Adakah sepatutnya pihak FAM menggunakan budi bicara dalam kes Hein Htet Aung, sejajar dengan arus perubahan yang melanda? - Getaran, 17 April 2021

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

4

Politik 2 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad