web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karim Benzema Menang Anugerah Ballon d’Or 2022

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 11:43AM

Karim Benzema - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Penyerang sensasi pasukan bola sepak Perancis dan kelab Real Madrid, Karim Benzema pada Isnin dinobatkan pemenang anugerah Ballon d’Or 2022 kategori lelaki. 

Benzema, 34, membawa pulang anugerah berprestij itu selepas mempamerkan kecemerlangan untuk musim 2021-22, lapor Agensi Anadolu. 

Pemain itu berjaya menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan ketika Madrid merangkul kejuaraan La Liga dan Liga Juara-Juara selain membantu Perancis memenangi Liga Negara-Negara UEFA.

Anugerah itu disampaikan ikon bola sepak Zinedine Zidane pada satu majlis di Paris.

Benzema mengetepikan Sadio Mane dan Kevin De Bruyne yang masing-maisng menduduki tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, bintang Barcelona Alexia Putellas merangkul anugerah bagi kategori wanita sekali gus muncul wanita pertama memenangi gelaran Ballon D'or berturut-turut.

Pemain tengah Barcelona, ​​Gavi dinobatkan sebagai pemain terbaik bawah 21 tahun dan membawa pulang Trofi Kopa 2022. 

Pemain sensasi Sadio Mane yang menyertai Bayern Munich bagi musim ini memenangi Anugerah Socrates untuk pemain terlibat dalam aktiviti sosial.

Penyerang Poland Robert Lewandowski yang kini beraksi dengan kelab Barcelona menerima Trofi Gerd Muller sebagai penjaring gol terbanyak musim lalu.

Sementara itu, Thibaut Courtois dari Real Madrid menggondol Trofi Yashin 2022 untuk penjaga gol terbaik manakala juara Liga Perdana, Manchester City merangkul anugerah Kelab Terbaik 2022. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 32 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran