Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemain Pertahanan Kanan PJ City Maut Kemalangan - Polis

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 2:25PM

Mendiang Rajes Perumal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain pertahanan kanan Petaling Jaya City (PJ City) FC, Rajes Perumal, 37, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal, malam tadi. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kemalangan berlaku semasa mangsa menaiki motosikal dari arah Jalan Sri Batu Caves menghala Batu Muda pada 10.30 malam dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok yang berada di bahu jalan berkenaan.

Beliau berkata akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Sementara itu, Jurulatih PJ City P. Maniam berkata jasad mendiang kini masih berada di Hospital Selayang dan bakal tiba di rumahnya pada 5 petang ini. 

“Esok upacara pengebumian bakal dijalankan sekitar 1 tengah hari, lokasi masih belum diketahui lagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Maniam menyifatkan pemergian Rajes yang merupakan bapa kepada tiga anak itu, kehilangan besar buat PJ City kerana beliau merupakan antara pemain berpengalaman dan orang penting skuadnya.

“Dia seorang yang berdisplin dan sangat komited sebagai pemain dan dia juga suri teladan buat pasukannya, kadang-kadang saya memang berbincang dengannya mengenai barisan pemain skuad PJ City dan bagaimana untuk menambah baik prestasi pasukan,” katanya. 

Rakan sepasukannya Kalamullah Al-Hafiz yang merupakan penjaga gawang PJ City berkata mendiang ketika hayatnya merupakan seorang yang tidak banyak bercakap namun banyak memberi dorongan kepada rakan sepasukan.  

Rajes yang sudah empat tahun menyertai skuad PJ City bermula tahun 2018 sebelum itu bermain untuk skuad PKNS FC pada 2011-2013 diikuti Selangor (2014), Kedah (2015) dan kembali ke PKNS FC pada 2016-2017. - Bernama

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemerasan RM1.25 Juta: Reman 5 Polis Disambung Esok

Politik 1 hari yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas