web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gas Pemedih Mata Punca Tragedi Kanjuruhan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 7:07AM

Gambar yang dirakamkan pada 1 Oktober 2022 ini menunjukkan seorang lelaki cedera ketika perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Indonesia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Punca utama tragedi Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur pada 1 Oktober lepas yang meragut 132 nyawa adalah disebabkan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah orang ramai.

Laporan tragedi oleh jawatankuasa khas diketuai Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Mahfud MD telah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo, semalam.

Dalam satu sidang media, Mahfud berkata, laporan setebal 124 muka surat yang mengandungi perincian mengenai penemuan dan cadangan itu turut mendapati bahawa Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) harus  bertanggungjawab sepenuhnya.

"Lembaga eksekutif PSSI dan sub-organisasinya mesti bertanggungjawab," kata Mahfud sambil menambah bahawa polis mesti terus menjalankan siasatan mengenai tragedi itu.

Semasa perlawanan 'East Java Derby' antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, tuan rumah tewas buat kali pertama di laman sendiri dalam tempoh 23 tahun sekaligus mencetuskan kemarahan penyokong.

Selepas perlawanan tamat penyokong yang berang memasuki padang untuk berdepan dengan pemain dan pegawai pasukan. 

Situasi bertukar tegang, memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan beribu-ribu penyokong berasak-asak untuk keluar dari stadium melalui beberapa pintu pagar sehingga menyebabkan rempuhan.

Seramai 132 orang maut manakala 622 cedera dalam tragedi itu, memetik angka terkini dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Malang. 

Susulan insiden itu, Arema FC didenda RM76,124 oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia manakala Polis Indonesia memecat ketua polis Malang dan sembilan lagi anggota. 

Pada 7 Oktober lalu, polis mengumumkan enam individu terdiri tiga ahli jawatankuasa penganjur dan tiga anggota polis akan didakwa atas kesalahan jenayah.

Sementara itu, Menteri  Kerja Raya dan Perumahan Awam, Basuki Hadimuljono berkata, kementerian akan memulakan proses menaik taraf stadium itu pada tahun depan.

Pasukan penilai teknikal kementerian mencadangkan tujuh aspek perlu ditambah baik iaitu pintu stadium, pintu kecemasan, lampu, tandas, pagar dan perimeter bangunan utama.

Reka bentuk stadium baharu itu akan disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan termasuk monumen yang akan turut dibina bagi memperingati mangsa tragedi berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad