web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rusuhan Penyokong Di Indonesia, Angka Kematian Meningkat Kepada 127

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 9:58AM

Anggota keselamatan berada di atas padang di stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang berakhir dengan tragedi rusuhan membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.

Rusuhan yang dipercayai berlaku selepas Arema tewas 2-3 kepada Persebaya dalam aksi sengit di Malang, Jawa Timur itu mengorbankan kira-kira 127 nyawa termasuk kanak-kanak dan anggota polis.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan memukul penyokong dengan belantan untuk menyuraikan mereka.

Rakaman ngeri menunjukkan penonton bertindak di luar kawalan dengan memanjat pagar ketika mereka cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata.

Satu lagi rakaman video yang disiarkan dalam talian menunjukkan lorong hospital berdekatan dipenuhi dengan mayat.

Laporan media tempatan mendakwa kemudahan perubatan tidak mencukupi untuk merawat peminat yang cedera dalam rusuhan itu, menyebabkan angka kematian meningkat.

Presiden PT Liga Indonesia Baru (LIB) Akhmad Hadian Lukita berkata, pegawai liga “prihatin dan amat menyesali kejadian itu”.

“Kami mengucapkan takziah dan semoga ini menjadi pengajaran berharga buat kita semua,” katanya.

Semua baki perlawanan BRI Liga 1 akan digantung selama seminggu manakala FA Indonesia mengesahkan Arema tidak akan menganjurkan sebarang perlawanan lagi untuk baki musim ini.

Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) berkata, ia akan memulakan siasatan terhadap apa yang berlaku selepas perlawanan itu.

Akhmad Hadian berkata: “Kami mengumumkan keputusan itu selepas menerima arahan daripada Pengerusi PSSI.

“Kami melakukan ia untuk menghormati segala-galanya dan sementara menunggu proses siasatan daripada PSSI.”

Ketua Umum Mochamad Iriawan berkata: “PSSI kesal dengan tindakan penyokong Arema di Stadium Kanjuruhan.

“Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa dan semua pihak atas kejadian itu.

“Susulan itu, PSSI akan segera membentuk pasukan penyiasat dan segera bertolak ke Malang,” katanya.

Imej lain menunjukkan kereta polis terbakar di atas padang dan rusuhan turut berlaku di luar stadium selepas perlawanan tamat. - The Sun

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad