web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rasuah Libatkan Peruntukan KBS Kepada Persatuan Sukan - Ahmad Faizal

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 8:37PM

Ahmad Faizal Azumu berkata sebelum diberikan peruntukan, persatuan sukan terbabit perlu menepati beberapa syarat ditetapkan seperti laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dan aktif melakukan aktiviti melibatkan sukan yang diwakili - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapati tidak berlaku kesalahan rasuah melibatkan peruntukan yang diberikan daripada kementerian berkenaan kepada persatuan sukan kebangsaan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sebelum diberikan peruntukan, persatuan sukan terbabit perlu menepati beberapa syarat ditetapkan seperti laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dan aktif melakukan aktiviti melibatkan sukan yang diwakili.

Beliau berkata sejak beliau menerajui kementerian itu, mana-mana persatuan sukan yang gagal memberi laporan berkenaan untuk tempoh tiga tahun berturut-turut, tidak ‘dilayan untuk menerima apa-apa bantuan.’

“Saya terkejut juga apabila dikatakan persatuan sukan yang terima bantuan ‘hilang’, saya rasa istilah itu kurang tepat untuk digunakan. Pemeriksaan yang saya lakukan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mendapati perkara itu (rasuah) tidak berlaku dalam dana yang diberikan kepada persatuan sukan.

“Makluman saya dari pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga mengatakan mereka tidak menggunakan istilah tersebut, mungkin dilaporkan sedemikian. Mungkin pegawai itu cakap perkara pernah dilalui sebelum ini, bukan dilalui sekarang,” katanya selepas majlis Anugerah Penarafan Bintang Badan Sukan 2021 di sini hari ini.

Ahad lepas, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Razim Mohd Noor dilaporkan berkata suruhanjaya itu mendapati wujud aktiviti rasuah dalam industri sukan negara dari segi pengurusan dana dan sebagainya.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata 99 badan sukan layak menerima penarafan bintang manakala 10,230 badan sukan masih tidak menepati syarat asas MYKB setakat 31 Dis 2020.

Daripada jumlah itu, hanya lima persatuan di peringkat kebangsaan - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) - layak menerima penarafan lima bintang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak lima peratus adalah badan sukan kebangsaan, badan sukan peringkat negeri (10 peratus), badan sukan daerah (66 peratus) dan badan sukan peringkat kelab (19 peratus).

“Saya tetap optimis program penilaian sebegini boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam memantau pengurusan badan-badan sukan di Malaysia. Secara tidak langsung, ia mampu memberi suntikan semangat terhadap badan sukan untuk meningkatkan kecemerlangan tadbir urus yang lebih efisien,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar