web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sree Abiraame Berlatih Bersama Kelab Luncur Ais Terkemuka Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 9:16PM

Atlet luncur ais negara, C. Sree Abiraame (tengah) bersama bapanya B. Chendren (kanan) menerima replika cek sumbangan kepada Yayasan Sree Abiraame daripada Ketua Projek Yayasan Sime Darby Rozila Abdul Rahman pada majlis penyampaian replika cek tajaan atlet luncur ais itu, hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Peluncur ais muda sensasi negara C. Sree Abiraame, kini mengorak langkah lebih jauh dalam sukan itu apabila akan menjalani latihan selama tiga tahun bersama kelab luncur ais terkemuka Korea Selatan, The Skating Club Jewels.

Atlet berusia 10 tahun itu, akan berkelana ke negara tersebut dalam persediaan awalnya bagi melayakkan diri dalam Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2028 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030.

Kedua-dua temasya itu, bagaimanapun hanya boleh disertai atlet cilik tersebut selepas umurnya usia 14 tahun.

“Saya bersedia untuk berlatih dengan gigih, biarpun di sana nanti latihannya memakan masa enam jam. Saya sudah biasa dengan tempoh latihan tersebut di sini,” katanya ketika ditemui Bernama di Sunway Resort di sini, hari ini.

Sementara itu ayah kepada atlet tersebut B. Chendren, berkata Sree akan berlepas pada 1 Oktober ini untuk memulakan latihan intensif di sana.

“Ini merupakan fasa ke empat persiapan Sree di pentas dunia, yang memerlukan latihan intensif tinggi selama enam jam sehari, enam hari seminggu dan wajibnya 36 hari, untuk kelayakan Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa (ISU).

“Latihan di Malaysia maksimum selama dua jam dan kita tidak ada fasiliti lengkap seperti di sana. Latihan itu juga mempunyai jurulatih teknikal yang akan menganalisis prestasi Sree, dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Sree mendapat tajaan berjumlah RM30,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan juga sumbangan daripada Yayasan Sime Darby berjumlah RM60,000, bagi membiayai kos latihan di sana. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar