web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan SUKMA Ke-20 Arena Buktikan Kejaguhan Atlet - PM

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:03AM

Atlet Angkat Berat Kebanggsaan Mohamad Aniq Kasdan (kiri) mengetuai lafaz ikrar semasa upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru warga sukan agar bangkit dan menjadikan pentas Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 Majlis Sukan Negara (MSN) 2022, sebagai arena membuktikan kejaguhan atlet negara serta terus mencetus kehebatan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, atlet juga perlu menerapkan semangat untuk meneruskan rentetan kejayaan yang dilakar mereka di peringkat antarabangsa.

“Kontinjen negara berjaya melepasi sasaran pingat sebanyak 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas, diikuti pencapaian membanggakan kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel di Birmingham, England dengan tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa pada Julai.

“Lebih membanggakan, kita kini memiliki juara dunia dalam sukan badminton selepas penantian sejak sekian lama. Kejayaan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik membuktikan Keluarga Malaysia mampu menakluki persada dunia,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan SUKMA ke-20 MSN 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, malam tadi.

Beliau bagaimanapun mengingatkan warga sukan Keluarga Malaysia agar tidak leka dan berpuas hati dengan setiap kejayaan kerana masih banyak halangan perlu diharungi untuk meneruskan kegemilangan dilakar.

“Bangkitlah warga sukan negara. Jadikan pentas temasya Sukan Malaysia kali ini sebagai arena membuktikan kejaguhan supaya yang terbaik diangkat membawa cabaran negara, dengan pentas Sukan SEA di Kemboja tahun hadapan sebagai aturan langkah pertama mencetus kehebatan di peringkat tertinggi.

“Cerita kehebatan sebegitu mahu kita teruskan kerana menanti tahun hadapan juga adalah temasya Sukan Asia di Hangzhou, China sebagai platform persiapan terbaik untuk mengejar impian dan emas sulung pada temasya Sukan Olimpik di Paris pada 2024 nanti,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan akan terus meningkatkan kerancakan arena sukan negara melalui pelbagai program serta penyediaan peruntukan, selain menyeru semua atlet agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang masing-masing untuk mengharumkan nama negara.

“Sokongan padu kepada Program Podium untuk merealisasikan kilauan emas Olimpik itu sudah ditunaikan dengan peruntukan kewangan berjumlah RM240 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa menyokong semua usaha serta inisiatif untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan dan pertandingan sukan yang menyediakan platform kompetitif bertaraf tinggi kepada atlet negara.

“Itulah komitmen kerajaan kepada arena sukan negara dan saya menyeru semua pihak, bermula dengan atlet muda yang bersaing di temasya Sukan Malaysia kali ini, memanfaatkan setiap peluang yang menanti demi kemajuan sukan negara,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan persatuan sukan di semua peringkat atas usaha mereka memupuk serta mencambahkan perpaduan menerusi semangat kesukanan.

“Kita ketepikan sebarang perbezaan, tidak kira apa sekalipun untuk bersatu hati meletakkan kejayaan bersama sebagai tonggak kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

SUKMA ke-20 MSN 2022 yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 24 September ini, menyaksikan 15 kontinjen termasuk Brunei mengambil bahagian dengan 426 acara dipertandingkan. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar