web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Brendan Gembira Dapat Kembali Wakili Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 12:35PM

Brendan Gan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pemain tengah Selangor FC Brendan Gan gembira menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan sekali lagi, dan sudah tidak sabar untuk membantu skuad Harimau Malaya dalam Kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai yang akan bermula minggu depan.

Pemain berumur 34 tahun itu berkata ia merupakan satu penghormatan, untuk diberikan peluang menyarung jersi pasukan kebangsaan sekali lagi, selepas mengharungi pelbagai cabaran dan halangan sejak setahun lepas.

“Memang amat mengujakan bagi saya untuk kembali dan melakukan yang terbaik buat pasukan dan negara. Diharapkan kita dapat beraksi dengan baik dalam kejohanan nanti,” katanya ketika ditemui di hari pertama kem latihanh berpusat skuad negara di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini semalam.

Brendan merupakan salah seorang daripada 25 pemain yang tersenarai dalam skuad pimpinan jurulatih Kim Pan Gon yang akan berlepas ke Thailand Isnin ini.

Kali terkahir Brendan menyertai pasukan kebangsaan ialah semasa pasukan negara mengalahkan Thailand 1-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai Emiriah Arab Bersatu pada Jun 2021, sebelum sebelum beliau disahkan menghidap kanser.

Selepas mula bermain secara kompetetif Jun lepas dalam Liga Super, bintang pasukan Selangor itu berkata beliau kini berada di tahap yang dimahukannya.

Merujuk kepada corak permainan terkini di bawah kendalian Pan Goh, Brendan mengakui beliau amat teruja dengan perubahan yang dibawa oleh jurulatih Korea Selatan itu selepas melihat beberapa perlawanan sebelum ini, termasuk dalam kempen pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur Jun lepas.

Dalam Kejohanan Piala Raja Thailand ini, Malaysia yang berada di ranking 148 dunia diundi untuk menentang Thailand (ranking 111) pada 22 September (Khamis), manakala Trinidad & Tobago (ranking 101) akan berhadapan dengan Tajikistan (ranking 109).

Pemenang kedua-dua perlawanan itu akan bertemu dalam peringkat final pada 25 September, manakala pasukan yang kalah akan berentap untuk merebut tempat ketiga.

Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad