web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala FA: Kejayaan Hasil Kerja Keras Pemain - Bidoglio

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 7:00AM

Para pemain JDT meraikan kejayaan merangkul Piala FA malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baharu, Hector Bidoglio gembira dengan aksi luar biasa pemainnya dalam membantu beliau memperoleh kejuaraan sulung, selepas mengambil alih tempat bekas Ketua Jurulatih, Benjamin Mora, Julai lepas.

JDT menjulang Piala FA selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 di hadapan 84,321 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.

Pengendali dari Venezuela itu amat gembira dengan aksi pasukannya yang memberikan tekanan yang tinggi kepada lawan dan itu sudah tentu membantu pasukan Harimau Selatan untuk memperoleh kejuaraan pertama Piala FA semenjak memenanginya pada 2016 selepas menewaskan PKNS FC , 2-1.

“Sebelum saya datang ke JDT, saya sedar pasukan ini adalah ‘pemenang’, mereka sering melangkah ke final di Malaysia dan saya rasa bangga untuk membantu JDT memenangi Piala FA malam ini.

Terima kasih kepada ‘boss’ kami Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga mereka di dalam kelab di atas kepercayaan anda kepada kami,” katanya selepas sidang media selepas perlawanan.

Pada masa sama, jurulatih berusia 54 tahun ini menzahirkan kekagumannya kepada prestasi penjaga gawangnya, Mohd Farizal Marlias pada aksi final selepas beliau berjaya menyekat percubaan berbahaya Kapten Terengganu FC, Kipre Tchetce pada minit ke-25 perlawanan.

“Farizal tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini tapi malam ini beliau mempamerkan kehebatannya sebagai penjaga gol. Beliau bukan sahaja hebat di padang tetapi juga cemerlang di dalam bilik persalinan,” katanya.

Bidoglio juga berkata pasukan ini akan bekerja keras untuk memastikan mereka memenangi tiga kejuaraan dengan mempertahankan Piala Liga Super dan menjulang Piala Malaysia tahun ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain berkata pihaknya akur dengan kekalahan dialami dan menyifatkan JDT pasukan yang serba-serbi lengkap dengan ramai pemain  berkualiti di atas padang.

“Kita dapat saksikan corak permainan penguasaan bola yang selalu kita terapkan semasa berlawan dengan pasukan lain tidak menjadi ke atas JDT.

“Ia sememangnya sukar untuk diadaptasi pada perlawanan ini kerana mereka (JDT) lebih kehadapan dengan memperkukuhkan corak permainan tekanan tinggi,” katanya.

Biarpun tewas, Nafuzi tetap memuji semangat juang dipamerkan Skuad Penyu selain menyatakan masih banyak yang perlu dipelajari anak buahnya khususnya pemain muda untuk melangkah lebih jauh selepas ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jom Ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Di Bukit Jalil

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Di Bukit Jalil Pada 8-10 Disember

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar