web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hatrik Buat Bagnaia, Quartararo Lebarkan Jurang Kelebihan 

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 9:57PM

Bagnaia menjulang trofi juara GP Austria di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SPIELBERG - Penunggang dari Itali Francesco Bagnaia mengekalkan prestasi baiknya dengan memenangi perlumbaan ketiga berturut-turut di GP Austria hari ini.

Pendahulu kejuaraan dunia Fabio Quartararo pula melebarkan kelebihannya di puncak carta penunggang. 

 Bagnaia mendahului perlumbaan - menunggang jentera Ducatinya - dari awal hingga tamat,  tetapi juara dunia Quartararo bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tangga kedua di atas litar yang tidak sesuai dengan jentera Yamahanya.

Penunggang yang berasal dari Perancis itu melebarkan jurang kepada Aleix Espargaro kepada 32 mata, Bagnaia pula ketinggalan 44 mata dengan tinggal tujuh perlumbaan lagi musim ini. 

“Ini perlumbaan yang sangat panjang dan sukar.

“Bagaimanapun, pada dua pusingan terakhir saya cuba untuk menenangkan diri supaya tidak melakukan kesilapan. Saya sangat gembira dengan keputusan ini,” kata Bagnaia yang berusia 25 tahun terhadap kemenangan kelimanya musim ini.

Quartararo tidak putus asa dalam perlumbaan ini dengan menggasak rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller sebelum merampas posisi kedua dengan tinggal empat pusingan lagi.

“Ini adalah satu daripada perlumbaan terbaik saya.

“Keadaan amat sukar dan saya hampir terjatuh beberapa kali.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini,” kata Quartararo yang berusia 23 tahun.

Miller melengkapkan podium di tangga ketiga. - AFP

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad