Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tze Yong Perlu Lebih Relaks Jika Mahu Buat Kejutan Di Tokyo

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 2:11PM

Tze Yong menunjukkan prestasi memberangsangkan di Sukan Komanwel Birmingham. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tanah air pastinya ternanti-nanti sentuhan magis pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, bermula esok selepas menampilkan prestasi cemerlang pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham, baru-baru ini.

Walaupun berjaya meraih perak acara perseorangan lelaki selain membantu skuad negara merangkul emas acara berpasukan campuran di Birmingham, bekas pemain kebangsaan, Roslin Hashim masih ragu-ragu terhadap keupayaan Tze Yong pada kejohanan berprestij di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu.

Roslin menjangkakan Tze Yong bakal menempuh laluan berliku kerana pemain nombor 42 dunia itu masih baru dalam pertandingan elit selain layak pada saat akhir susulan penarikan diri pemain dari negara lain.

“Saya tak berani nak letak sasaran kepada Tze Yong di World Championships, beliau masih baharu dan kita juga tidak boleh letakkan harapan tinggi daripadanya.

“Tak dinafikan beliau main bagus termasuk lakukan upset ke atas dua pemain ternama dunia di Birmingham baru-baru ini namun saya harap Tze Yong yang akan turun sebagai ‘underdog’ lebih relaks jika mahu pergi lebih jauh di Jepun,” katanya kepada Bernama.

Tze Yong mengejutkan juara dunia Loh Kean Yew dari Singapura, 15-21, 21-14, 21-11, di suku akhir dan perseorangan ke-13 dunia Srikanth Kidambi dari India, 13-21, 21-19, 21-10, dalam separuh akhir pada temasya empat tahun sekali itu.

Pemain dari Johor itu juga wajar diberi pujian susulan semangat juang tinggi dipamerkan pada aksi final meskipun tewas 21-19, 9-21, 16-21 kepada pemain utama India Lakshya Sen.

Tze Yong akan membuka tirai kempen Kejohanan Badminton Dunia bertemu juara Masters Malaysia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Widoyo di pusingan pertama.

Sementara itu, Roslin berkata tidak mustahil pemain ‘veteran’, Liew Daren mampu melakar kejutan menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen pada pusingan pembukaan nanti.

Katanya peluang tetap ada bagi Daren kerana berdasarkan rekod terdahulu terdapat beberapa jaguh dunia lain tumbang pada pusingan pertama kerana ada dalam kalangan mereka masih tercari-cari rentak untuk menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan.

Peminat badminton pastinya tidak dapat melupakan kekalahan mengejut legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tersingkir pada pusingan pertama pada edisi 2017 di Glasgow kepada Brice Leverdez dari Perancis 19-21, 24-22, 17-21.

Bukan itu sahaja, beberapa pemain ternama lain turut menjadi ‘korban’ pusingan pertama antaranya Chen Long yang tumpas kepada Kevin Cordon dari Guatemala 19-21, 21-17, 25-27 pada edisi 2011 di London.

Sementara pemain nombor dua dunia, Kento Momota dari Jepun, tumpas kepada pemain Hong Kong Wei Nan 12-18, 18-21, 12-21 pada edisi 2014 di Copenhagen.

Seorang lagi wakil negara, Lee Zii Jia dijadual membuka kempen di Jepun dengan menentang Leverdez. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 9 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Zii Jia Bakal Terima Bayaran 'Hak Imej' Untuk Piala Thomas

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 12 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran