Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds Belasah JDT 5-0

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 7:09AM

Kasper Junker (kanan) melepaskan rembatan ke gawang JDT dalam perlawanan malam tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 5-0 kepada juara dua kali dari Jepun, Urawa Red Diamonds, pada aksi pusingan 16 terbaik, malam tadi.

Kekalahan di venue ikonik Stadium Saitama 2002 di Jepun itu menafikan peluang skuad bimbingan Hector Bidoglio untuk mencipta satu lagi sejarah iaitu layak ke suku akhir, selepas menjadi kelab Malaysia pertama melepasi saingan peringkat kumpulan.

Pada pertembungan malam tadi, JDT bermula garang menerusi percubaan kaki kiri Arif Aiman Mohd Hanapi yang berjaya ditepis penjaga gol Shusaku Nishikawa seawal minit kedua, namun dikejutkan dengan sepakan penalti diberikan kepada pasukan lawan oleh pengadil pada minit ketujuh.

Sepakan penalti itu diberikan pengadil selepas penjaga gol Mohd Farizal Marlias dipersalahkan kerana mengasari Yusuke Matsuo dan kesempatan itu digunakan Alexander Scholz untuk meletakkan Urawa Red Diamonds di depan, seminit kemudian.

Fernando Forestieri melepaskan peluang keemasan untuk meledak gol penyamaan JDT apabila gagal menampan kemas bola hantaran Arif Aiman dalam kotak penalti pada minit ke-16, sebelum pasukan lawan menggandakan kedudukan hasil sepakan percuma cantik David Moberg Karlsson pada minit ke-19.

Pasukan gergasi Jepun itu terus menambah derita skuad Harimau Selatan dengan gol ketiga menghampiri masa rehat, yang menyaksikan Karlsson menjaringkan gol kedua peribadinya selepas menyempurnakan hantaran Yoshio Koizumi dalam kotak penalti pada minit ke-39.

Ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama, JDT tampil dengan semangat baharu pada babak kedua dalam usaha mengubah situasi, selain turut membawa masuk empat pemain iaitu Muhammad Afiq Fazail, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Syahmi Safari.

Namun, usaha tersebut tidak membuahkan hasil dengan JDT terus buntu mencipta jaringan sebelum terpaksa akur menerima kekalahan apabila skuad kendalian Ricardo Rodriguez Suarez menambah dua lagi jaringan menerusi pemain gantian, Kasper Junker, pada minit ke-84 dan masa kecederaan babak kedua.

Kini, perjuangan JDT tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu FC yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 10 September ini, selain dilihat berpotensi untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut.

JDT kini selesa menerajui saingan Liga Super selepas 14 perlawanan dengan mengumpul 38 mata, meninggalkan pencabar terdekat Sabah FC yang sudah mengharungi 16 aksi di tempat kedua (35 mata) sementara Negeri Sembilan yang beraksi 17 perlawanan mengutip 32 mata di tempat ketiga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Sukan 5 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 17 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu