web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet SUKIPT Catat Rekod Kebangsaan Ditawar RM20,000

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 7:00AM

Ismail Sabri (kanan) beramah mesra bersama para atlet yang terlibat selepas merasmikan SUKIPT 2022 di UPSI malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menawarkan wang tunai RM20,000 sebagai ganjaran kepada atlet Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 yang mencatatkan rekod kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ‘hadiah’ itu ditawarkan sebagai penghargaan tanpa mengira jenis acara dimenangi.

“Besar harapan saya agar program seumpama SUKIPT ini akan membentuk dan melahirkan lebih ramai atlet IPT berprestasi tinggi dan berminda juara dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

“Hari ini (malam tadi), saya juga ingin mencabar atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022 untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.

“Mereka yang berjaya, kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000. Kepada semua atlet, selamat berjuang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian SUKIPT 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, malam tadi.

Dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara dwitahunan sejak 2012, SUKIPT bermatlamat terus membangun dan memajukan sukan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), kebangsaan dan antarabangsa.

Bagi tahun ini, acara itu berlangsung bermula 12 hingga 21 Ogos dengan UPSI sebagai tuan rumah temasya berkenaan.

Ismail Sabri berkata, banyak perkara boleh dikaitkan apabila berbicara mengenai sukan.

Katanya, bersukan bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga mengajar mengenai pelbagai aspek, termasuk disiplin, semangat berpasukan dan strategi membuat keputusan.

Jelasnya, sukan mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam Keluarga Malaysia.

Menurut Ismail Sabri, sebagai contoh, kesan positif itu dapat dilihat ketika perlawanan bola sepak atau badminton,  terutama di peringkat dunia apabila masyarakat tanpa mengira kaum dan agama boleh ‘duduk semeja’ bersama rakan di restoran untuk bersorak menyokong pasukan negara.

“Hakikatnya, sukan berupaya memberikan auranya tersendiri, bukan sahaja dalam kalangan yang bertanding, tetapi juga kepada yang menonton.

“Kita juga boleh belajar bahawa ada lagi perkara lebih besar daripada sebuah pertandingan, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati dan nilai kemanusiaan sesama pasukan yang berlawan,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad