web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:27AM

Thinaah dan Pearly berswafoto bersama para penyokong selepas memenangi pingat emas pada aksi akhir badminton dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Center. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Juara beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 baharu Pearly Tan - M Thinaah tidak mahu bermegah dengan kejayaan dicapai hari ini sebaliknya mahu sentiasa berpijak di bumi nyata.

Pearly menegaskan bahawa mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia selepas mengecewakan gandingan tuan rumah Chloe Birch-Lauren Smith, 21-5, 21-8 dalam aksi final hari ini.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat membolehkan Negaraku berkumandang kali kedua di sini, kami tidak boleh terlalu dibuai dengan kejayaan hari ini dan akan terus berjuang pada kejohanan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat di sini.

Thinaah pula percaya pingat emas dimenangi mereka di Birmingham pasti meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk beraksi di kejohanan akan datang.

Thinaah turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang perjuangan mereka di temasya empat tahun sekali itu.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong menghadiahkan pingat perak selepas tewas kepada Lakshya Sen dari India 21-19, 9-21, 16-21.

Kem badminton menyumbang emas menerusi berpasukan campuran selepas mengecewakan India 3-1, selain turut meraih dua pingat gangsa masing-masing menerusi acara beregu lelaki (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) dan beregu campuran (Tan Kian Meng-Lai Pei Jing).

Kontinjen negara menamatkan kempen di Birmingham 2022 dengan tujuh emas serta masing-masing lapan perak dan gangsa.

Majlis penutupan Sukan Komanwel edisi ke-22 akan diadakan di Stadium Alexander, Perry Barr di sini, pada 8 malam waktu tempatan (3 pagi 9 Ogos waktu Malaysia). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad