web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhamad Aznil Hadiahkan Pingat Emas Untuk Isteri, Ahli Keluarga

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 7:38PM

Muhamad Aznil Bidin - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin yang berjaya mempertahankan pingat emas menerusi kategori 61 kilogram (kg) di Sukan Komanwel 2022, baru-baru ini menghadiahkan kemenangan berkenaan kepada isteri dan ahli keluarganya.

Muhamad Aznil, 28, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini berkata kemenangan itu ditujukan khas memandangkan isterinya,  Aina Izzati Masri, 23, dan ahli keluarga telah banyak berkorban serta memahami kerjayanya sebagai atlet negara.

“Persiapan saya seterusnya ialah untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 2024, jadi saya hendak beri tumpuan pada itu dahulu.

“Sebelum ini memang saya ada nyatakan hasrat untuk bersara pada usia 32 tahun tetapi saya akan tengok pencapaian pada Sukan Komanwel seterusnya. Saya hendak cuba dapatkan emas buat kali ketiga berturut-turut kerana masih belum ada atlet yang berjaya cipta sejarah,” katanya.

Terdahulu, Muhamad Aznil tiba di lapangan terbang berkenaan dari Kuala Lumpur kira-kira 2.15 petang bersama Aina Izzati dan ahli keluarganya sebelum disambut hampir 100 peminat yang menunggu ‘Badang Negara’ itu.

Pada 30 Julai lepas, Muhamad Aznil memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional, Birmingham apabila meraih emas selepas melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285kg sekali gus mencatat rekod baharu temasya.

Sementara itu, Aina Izzati berkata beliau berbangga atas pencapaian suaminya.

Beliau berkata buat masa ini Muhamad Aznil akan berehat dan meluangkan masa bersama keluarganya di Kampung Baru, Bukit Pinang di sini kerana sudah lama tidak berjumpa berikutan sibuk membuat persiapan bagi temasya sukan berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 46 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad