web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Doa Emak Saya Makbul' - Syafiq

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 12:26PM

Gabriel Gilbert Daim dan Muhammad Syafiq Puteh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - ‘Terima kasih emak doakan kejayaan saya di Sukan Komanwel’

Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh, bersyukur doa yang dikirimkan kepada ibunya, Masrinda Abu, ketika menunaikan ibadah haji baru-baru ini, termakbul.

Muhammad Syafiq berjaya merangkul pingat perak bersama gandingannya, Gabriel Gilbert Daim pada final acara lelaki 3 meter (m) papan anjal seirama di Sukan Komanwel 2022 Birmingham.

Beliau mengakui sama sekali tidak menyangka dapat menyumbang pingat pertama buat kem terjun negara pada temasya sukan empat tahun itu di sini selepas menyedari darjah kesukaran dilakukan mereka adalah rendah berbanding pencabar lain.

“Sudah tentu, gembira, tak sangka dapat nombor dua dan naik podium kali ini. Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa emak saya.

“Saya memang tak percaya dapat pingat, saya ada jumpa emak sehari sebelum berlepas ke Birmingham manakala ketika itu emak pula baru sahaja pulang dari ibadah haji,” katanya dalam nada sebak kepada pemberita selepas majlis pengalungan pingat, di sini.

Dalam pada itu, Gabriel, 21, pula ternyata sukar menggambarkan perasaannya sebaik mengetahui mereka berjaya muncul pasangan kedua terbaik hari ini.

“Kami turun sebagai ‘underdog’, saya tak tahu nak kata apa lagi,” katanya.

Gabriel-Muhammad Syafiq mengumpulkan 376.77 mata selepas enam terjunan dalam acara berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell, di sini.

Wakil tuan rumah, Anthony Harding-Jack David Laugher berada dalam kelas tersendiri selepas mengumpulkan 438.33 mata untuk menang emas, manakala pasangan Australia, Samuel Fricker-Shixin Li, menang gangsa (374.52 mata). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad