web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


500 Peserta Acara Berbasikal Berang Selepas Penganjur ‘Hilang’

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 10:59AM

Hampir 500 penunggang basikal yang sudah mendaftar dan bersedia untuk memulakan kayuhan pada satu acara, terkejut dan berang apabila penganjurnya ‘menghilangkan diri’ pada hari program - Gambar ihsan Alvin Wong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir 500 penunggang basikal yang sudah mendaftar dan bersedia untuk memulakan kayuhan pada satu acara, terkejut dan berang apabila penganjurnya ‘menghilangkan diri’ pada hari program itu dijadualkan berlangsung di Arena Axiata di Bukit Jalil di sini, Ahad lalu.

Mereka berada di sana untuk menyertai aktiviti ‘Enduride Challenge’ dan ‘Fun Ride with Stars’ yang dianjurkan MyCycleXpo 2022 (Malaysia International Cycle Expo), sebagai sebahagian daripada pameran berbasikal sulungnya dari 29 hingga 31 Julai.

Peserta acara itu berkumpul sejak jam 6.30 pagi dan menunggu berjam-jam, tetapi dimaklumkan penganjur masih tidak muncul.

Ramai dalam kalangan mereka mempersoalkan dan mencari individu bertanggungjawab menguruskan acara itu, tetapi tidak ada sesiapa yang tahu mengenai pembatalan atau sama ada ia ditunda.

Para peserta cuba mendapatkan penjelasan daripada seorang petugas acara (berbaju biru) - Gambar ihsan Alvin Wong
Para peserta cuba mendapatkan penjelasan daripada seorang petugas acara (berbaju biru) - Gambar ihsan Alvin Wong

“Kira-kira jam 7 pagi, salah seorang kakitangan penganjur muncul untuk membuat pengumuman, mengatakan kami perlu menunggu polis untuk mengiringi penunggang. Jadi kami terus menunggu.

“Selepas lama berlengah, penganjur akhirnya memberitahu kami bahawa mereka perlu membatalkan kerana polis tidak hadir,” kata seorang peserta, Alvin Wong kepada The Vibes.

Seorang lagi peserta yang enggan dikenali berkata, dia bersama kira-kira 20 rakannya membelanjakan RM95 setiap seorang untuk yuran pendaftaran.

“Kami menunggu sehingga jam 8.30 pagi apabila seseorang berkata mereka masih menunggu pihak polis.

“Kami hilang kesabaran dan ada di antara kami membuat keputusan untuk beredar serta menunggang sendiri,” katanya.

Selain itu, seorang pengguna Facebook memberitahu, dia memandu dari Kelantan untuk menyertai acara berkenaan, manakala rakannya menaiki penerbangan dari Sabah, justeru mereka menuntut semula bayaran penuh untuk perbelanjaan perjalanan yang terpaksa ditanggung.

Tangkapan layar komen Facebook seorang peserta yang telah memandu dari Kelantan untuk acara ini
Tangkapan layar komen Facebook seorang peserta yang telah memandu dari Kelantan untuk acara ini

Pada malam sebelum acara itu, penganjur menyiarkan di laman Facebook rasminya ‘Jumpa esok!’ yang dilihat normal dan peserta menjangkakan semuanya berjalan lancar keesokan hari.

Bagaimanapun, sehingga jam 11.41 pagi Ahad, barulah MyCycleXpo secara rasmi mengumumkan di media itu bahawa ia ‘terpaksa membatalkan acara berkenaan kerana orang yang bertanggungjawab, iaitu penganjur tidak hadir’.

 

We truly apologize for whatever happened today morning ( 31 July 2022 ) at Axiata Arena. Unfortunately we had to...

Posted by MyCycleXpo on Saturday, July 30, 2022

MyCycleXpo kemudian menjelaskan bahawa pihaknya sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan semua orang menerima jersi perlumbaan, kemeja-T dan pingat, sebelum menafikan ia mengelak daripada bertanggungjawab.

Semalam, ia menyiarkan kemas kini memaklumkan akan mempercepatkan proses bayaran balik, tetapi setakat berkongsi penulisannya, Alvin berkata bahawa peserta belum menerima apa-apa.

 

Good morning, The management have decided to go with manual refund and not through ticketing provider as that will take...

Posted by MyCycleXpo on Tuesday, August 2, 2022

Dalam iklan mempromosikan acara itu, penganjur berkata Cabaran Enduride dibuka kepada 1,000 peserta bagi perjalanan sejauh 100 kilometer (km), manakala Fun Ride yang ditetapkan sejauh 30 km dibuka kepada 2,000 peserta.

Acara MyCycleXpo yang dianjurkan Rise International Sports Exhibition Sdn Bhd, disebut-sebut sebagai platform untuk pengilang, pengedar, pembekal dan peruncit tempatan serta pemain industri antarabangsa.

The Vibes membuat beberapa percubaan untuk menghubungi penganjur melalui panggilan dan pesanan teks, tetapi setakat ini tiada sebarang maklum balas. - The Vibes, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad