web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lek Gor Ada Akses Istimewa Dekati Jaguh Badminton Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 3:11PM

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang diadakan pada 28 Jun hingga 3 Julai lalu telah disiarkan secara langsung menerusi 叻哥羽毛球粉丝俱乐部 LekGor Official Group. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siapa “Lek Gor”?

Perkara itu terus menjadi teka-teki dalam kalangan peminat sukan badminton memandangkan penstrim Malaysia, Lek Gor nampaknya mempunyai akses eksklusif kepada pemain badminton terkemuka dunia.

Dia dilihat menemubual pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen semasa kejohanan Terbuka Malaysia di sebuah bilik hotel.

Wawancara itu dikendalikan dalam bahasa Mandarin kerana bintang Denmark tersebut fasih berbahasa berkenaan.

 

安赛龙说 特别要感谢马来西亚球迷们的支持?????? 他的中文很标准、而且我说的中文音几乎他都听的明白 厉害???? Follow IG 关注叻哥IG观看更多惊喜 https://instagram.com/lekgor666?utm_medium=copy_link 加入叻哥羽毛球俱乐部了解第一手资讯 https://www.facebook.com/groups/217905987097711/?ref=share Join Private Group #叻哥频道Channel666 #45度斜角兜野kam落它 #炒粿条加ham加辣椒 #OMGHowSheDoThat #maolut #trowback

Posted by 叻哥频道 Channel 666(Main) on Wednesday, July 6, 2022

Menurut sumber dalam industri, penstrim dari Malaysia itu yang dikenali di Facebook sebagai 叻哥羽毛球粉丝俱乐部 LekGor Official Group, turut dikesan mengambil gambar bersama beberapa pemain badminton lain semasa kejohanan di Arena Axiata.

Lek Gor dibenarkan bebas berkeliaran di kawasan sekitar, mungkin semasa sesi ujian gelanggang, kerana terdapat gambarnya bersama pemain kebangsaan seperti Lee Zii Jia, Goh Soon Huat, Soong Joo Ven, Goh Liu Ying, dan Teoh Ee Yi sambil memakai lanyard rasmi penganjur.

Pada minggu lalu, Lek Gor menjadi tajuk utama sekali lagi selepas dia dipersalahkan kerana membawa pemain kedua terbaik dunia, Kento Momota dari Jepun keluar ke kelab malam, sebagaimana dilaporkan Hype Media.

Tindakan itu menimbulkan kecaman di kalangan netizen kerana mereka bimbang Lek Gor akan memberi "pengaruh buruk" dan memintanya menjauhi Momota.

Kento kemudian bertindak memadam perkongsian di akaun Instagram miliknya.

Netizen meluahkan kebimbangan bahawa Lek Gor memberikan ‘pengaruh buruk’ kepada Kento Momota, dan mahu Lek Gor menjauhi pemain badminton itu. - Gambar dari Instagram Kento Momota
Netizen meluahkan kebimbangan bahawa Lek Gor memberikan ‘pengaruh buruk’ kepada Kento Momota, dan mahu Lek Gor menjauhi pemain badminton itu. - Gambar dari Instagram Kento Momota

Lek Gor turut bergambar dalam ruang sidang media, yang hanya terhad kepada pengamal media berdaftar dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malah dia turut dilihat memakai vest BAM.

Difahamkan, Lek Gor tidak terikat dengan mana-mana organisasi media atau dengan BAM mahupun Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh mendakwa persatuan itu tidak mengenali “Lek Gor”.

Jika begitu, bagaimana dia mendapat vest rasmi daripada BAM?

Kenny memberitahu The Star bahawa BAM hanya mengetahui tentang Lek Gor susulan kontroversi tiket pada kejohanan Terbuka Malaysia.

Lek Gor menempah 500 tiket untuk pengikutnya apabila tiket itu sepatutnya dijual berdasarkan kaedah siapa cepat dia dapat.

Tanpa pas kebenaran, seseorang tidak akan dapat memasuki kawasan larangan berdasarkan peraturan BWF dan BAM yang ketat.

Lek Gor dilihat berada di zon media, kawasan larangan di mana hanya organisasi media tempatan dan asing bertauliah dibenarkan untuk menemubual pemain.

Persoalannya, jika BAM dan BWF menafikan mengenali Lek Gor, jadi bagaimana dia boleh menikmati akses eksklusif kepada pemain terkemuka?

Ia adalah keistimewaan yang dinafikan walaupun kepada pengamal media berdaftar.

Sumber memberitahu The Vibes, walaupun media tempatan tidak dibenarkan mengambil gambar bersama pemain dan apabila terus cuba melakukannya, mereka akan dihalau kakitangan BWF.

"Tetapi sebaliknya, Lek Gor boleh menemubual mereka dan mengambil swafoto untuk dimuatnaik di platform media sosialnya," katanya. - The Vibes, 27 Julai 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad