web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Acara Terjun 'Dibuang' Sebab Politik? Peja Perlu Beri Penjelasan Dakwaan Pandelela

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 3:19PM

Pandelela menerusi Twitter telah meluahkan kekecewaannya kerana tiada acara terjun melibatkan wanita dianjurkan pada Sukma kali ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu didesak agar memberi penjelasan kepada kenyataan jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinong bahawa politik ialah faktor mengapa sukan terjun dikeluarkan daripada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA).

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, kenyataan dikeluarkan atlet berpengalaman itu amat membimbangkan dan tidak boleh dipandang ringan.

“Adakah keputusan untuk mengeluarkan acara tersebut suatu keputusan politik? Adakah pihak tertentu yang berpengaruh tidak inginkan atlet wanita kita menyertai acara terjun di SUKMA?

“Atau ada sabotaj terhadap sukan terjun yang merupakan antara prospek pingat emas Olimpik negara?,” soalnya hari ini.

Jelas beliau, amat tidak masuk akal jika negara kekurangan penyertaan terutama dalam sukan terjun kategori wanita.

Steven Sim - Gambar fail
Steven Sim - Gambar fail

Katanya, Malaysia pernah menjuarai beberapa temasya terkemuka dunia menerusi terjunan mantap Pandelela, Cheong Jun Hong, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri.

“Jadi Menteri Belia dan Sukan harus memberikan penjelasan terhadap kenyataan Pandelela dan tidak boleh memandang ringan kenyataan seorang atlet kebangsaan yang berpengalaman seperti beliau,” katanya.

Pandelela menerusi satu ciapan di Twitter dua hari lalu meluahkan kekecewaannya kerana tiada acara terjun melibatkan wanita pada SUKMA yang akan berlangsung pada September ini.

Dakwanya, terdapat alasan politik di sebalik ketiadaan acara melibatkan perenang wanita dalam temasya tersebut.

Beliau turut mengingatkan bahawa campur tangan politik tidak seharusnya ada dalam sukan.

Namun Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ketiadaan acara terjun adalah kerana ia tidak menepati syarat minimum peraturan teknikal penyertaan temasya sukan berkenaan.

Katanya, mana-mana acara dipertandingkan pada SUKMA perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail
Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Pada masa sama, Steven turut berharap agar Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja memberi perhatian terhadap sektor sukan negara yang berada dalam krisis sejak pandemik bermula dan semakin meruncing hari ini.

Katanya, antara kemelut yang dihadapi sektor sukan negara termasuklah pemotongan peruntukan sukan secara drastik dalam Belanjawan 2022.

“Misalnya pengurangan hampir 80 peratus peruntukan untuk penyediaan sukan antarabangsa dalam Belanjawan 2022 berbanding Belanjawan 2018. 

“Seramai 253 atlet negara turut dihentikan elaun manakala sesetengah atlet yang masih berada di bawah kontrak latihan berdepan pengurangan elaun hingga 60 peratus,” katanya.

Namun Steven berkata, selepas dikecam pembangkang, KBS mendakwa ada elaun kalangan atlet terlibat sudah ‘dipulihkan’. 

“Alasan yang sering diberikan seperti COVID-19 tidak dapat diterima langsung kerana ini menunjukkan seolah-olah hanya negara kita yang terkesan dengan pandemik global tersebut.

“Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) harus mengakui kegagalan kerajaan dalam mengurus tadbir negara sehingga semua sektor merosot di Malaysia,” katanya. - Getaran, 23 Julai 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad