web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


B-19 AFF: Malaysia Atasi Cabaran Laos Untuk Muncul Juara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 7:13AM

Malaysia merangkul kejuaraan kedua Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dalam tempoh empat tahun selepas menundukkan Laos 2-0 - Gambar Twitter @FAM_Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia merangkul kejuaraan kedua Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dalam tempoh empat tahun selepas menundukkan Laos 2-0 pada perlawanan akhir di Bekasi, Indonesia, semalam.

Lebih manis, kejayaan di Stadium Patriot Candrabhaga itu membolehkan skuad B-19 kebangsaan kendalian Hassan Sazali Mohd Waras menebus kekecewaan terhadap kekalahan 0-1 kepada lawan sama pada aksi terakhir saingan Kumpulan B, Isnin lepas.

Pada aksi yang berlangsung sengit itu, Malaysia memulakan permainan dengan cemerlang selepas mendahului pada minit ke-14 menerusi penyudah Muhammad Faiz Amer Runnizar sebelum gol tersebut mengubah rentak Laos yang tampil lebih agresif.

Perubahan gaya permainan pasukan lawan tidak menjejaskan fokus skuad B-19 kebangsaan yang hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-36, namun penyerang Adam Farhan Mohd Faizal yang bijak membuat larian ke dalam kotak penalti gagal merembat kemas hantaran rakan sepasukan.

Laos yang buntu meledak gol penyamaan di separuh masa pertama tampil lebih garang di babak kedua dengan beberapa siri percubaan berbahaya dan kekasaran ke atas pemain negara dalam usaha memburu gol dicari-cari.

Malaysia, yang tenang menyerap asakan Laos, sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk mendahului perlawanan dengan selesa selepas pemain pertahanan Muhammad Faiz Amer Runnizar gagal menampan bola hantaran rakan sepasukan pada minit ke-61, tatkala penjaga gol lawan sudah pun tertewas.

Bagaimanapun, pemain tengah Muhammad Aliff Izwan Yuslan berjaya menebus kehampaan itu dengan menyumbat gol kedua pasukan pada minit ke-76 selepas beliau bijak mencari ruang untuk menolak bola hantaran lambung Muhammad Alif Farhan Fauzi.

Jaringan tersebut terus membakar semangat pemain negara untuk mempertahankan kedudukan sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil dari Myanmar Kyaw Zwali Lwin sekali gus mengesahkan kemenangan skuad B-19 kebangsaan.

Sebagai rekod, skuad B-19 kebangsaan mempunyai rekod baik dalam tiga edisi terakhir kejohanan itu apabila menjuarai edisi 2018 yang juga menjadi gelaran sulung pasukan negara dalam sejarah penganjuran kejohanan itu selain muncul naib juara edisi 2017 dan 2019. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad