web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stadium Shah Alam Akan Diberi Nafas Baharu

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 4:43PM

Amirudin Shari (tengah) hadir di majlis Penyerahan Surat Niat Pembangunan Stadium Shah Alam. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor memutuskan infrastruktur ikonik, Stadium Shah Alam memerlukan satu pembaharuan dan ‘nafas baharu’.

Ketika menyerahkan Surat Niat (LOI) kepada Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, syarikat terbabit diminta menyerahkan cadangan terperinci mengenai pelan penambahbaikan atau pembangunan semula stadium berkenaan.

Menerusi LOI itu, MRCB akan mengadakan perbincangan terperinci dengan kerajaan negeri berkaitan pelan pembangunan stadium serta kawasan sekitarnya.

Amirudin berkata, keputusan pembangunan semula itu dibuat selepas melakukan pertimbangan teliti sejak tahun 2013.

Katanya, pemilihan MRCB pula dibuat selepas kerajaan negeri yakin dengan kemampuan kewangan syarikat itu untuk menjalankan projek terbabit.

“Kami (kerajaan negeri) tidak mahu sekadar memberikan projek kepada syarikat yang hanya akan menggunakan stadium sebagai cagaran bagi mendapatkan pembiayaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sekitarnya kerja baik pulih ke atas stadium itu dilaksana, sebanyak RM787 juta wang pembayar cukai terpaksa digunakan.

“Jadi kami perlu membuat pilihan terbaik demi stadium berkenaan, sama ada membaik pulih atau membina kemudahan baharu,” katanya.

Rancangan sama ada membina stadium baharu atau dinaik taraf akan diumumkan September ini. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

MBSA Beri Kebenaran Roboh Stadium Shah Alam - Amirudin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pembangunan Semula Pangsapuri Di Cheras Babit Lebih 5,000 Unit

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam