web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Pocket Rocketman' Kembali Ke Trek Disember Ini?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 1:04PM

Datuk Mohd Azizulhasni Awang - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkemungkinan kembali ke trek lebih awal daripada yang dijangkakan.

Tanpa mengulas lanjut, ketua jurulatih kebangsaan John Beasly berkata pasukannya sedang bekerja keras untuk memastikan Azizulhasni bersedia untuk bertanding dalam perlumbaan kecil hujung tahun ini.

Malah, jurulatih dari Australia itu menjangkakan atlet berusia 34 tahun itu akan menyertai kejohanan besar pertamanya iaitu Piala Negara-Negara Berbasikal Trek Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada Februari ini, iaitu selepas Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas.

Piala Negara-Negara Berbasikal Trek UCI adalah antara kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik di Paris,

“Belum ada pengumuman lagi mengenai lokasi Piala Negara-Negara Berbasikal Trek UCI, tetapi saya rasa di Asia. Kami hanya ada tarikh yang telah ditetapkan, setakat ini. 

“Bagaimanapun, prestasi hanya akan dinilai kemudian, apabila menghampiri Sukan Olimpik 2021 di Paris. Kami cuma perlu fokus pada kelayakan untuk membawa beliau ke sana,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu masih menjalani rehabilitasi susulan pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi yang janggal (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne, April lepas.

Penyakit berbahaya itu membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.

Berikutan itu, Azizulhasni sebelum ini dijangka kembali berlatih tahun depan.

Ditanya keadaan Azizulhasni, Beasley gembira kerana atlet berbasikal yang berpangkalan di Melbourne itu semakin pulih dan kelihatan sihat pada ketika ini.

Beasley juga memaklumkan atlet yang digelar Pocket Rocketman itu telah mula berlatih di trek minggu lepas termasuk melakukan kayuhan jalan raya selama tiga jam.

Bagaimanapun, beliau berkata atlet kelahiran Dungun itu kehilangan berat badan sebanyak enam kilogram selepas pembedahan tersebut.

“Kami perlu membina semula (banyak) ototnya, namun perlu beri beliau masa untuk kembali cergas sepenuhnya dan kamu akan lihat Pocket Rocketman kembali pada tahap terbaiknya,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad