web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Boling Dunia: Natasha, Li Jane Mara Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 9:08PM

Sin Li Jane - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain boling negara Natasha Roslan dan Sin Li Jane mara ke separuh akhir beregu wanita Kejohanan Dunia di Alabama, Amerika Syarikat pada Sabtu (pagi Ahad di Malaysia), untuk kekal di landasan bagi meraih pingat pertama mereka pada kejohanan itu.

Natasha-Li Jane memulakan kempen mereka dengan menewaskan Taishaye Naranjo-Pamela Perez dari Puerto Rico 2-0 pada pusingan 16 terakhir di Kompleks Konvensyen Birmingham Jefferson, menang 234-164 dan 203-178 dalam format tiga permainan terbaik.

Pada suku akhir, pasangan beregu itu mengenepikan Denise Blankenzee-Samantha Greiner dari Belanda 259-144, 194-188 untuk bertemu Mika Guldbaek-Mai Ginger Jensen dari Denmark dalam aksi empat terakhir pagi Isnin.

Pasangan Denmark itu mara ke separuh akhir selepas mengalahkan regu Korea Selatan Kim Hyun Mi/Yang Su-jin 201-194, 217-196, menurut laman web rasmi Kejohanan Dunia itu.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Muhammad Rafiq Ismail-Timmy Tan menamatkan kempen mereka pada pusingan 16 selepas tumbang 1-2 kepada Alec Kiplinger-Trent Mitchell dari Amerika Syarikat.

Walaupun memenangi perlawanan pertama 256-214, pemain Malaysia tidak dapat menandingi kehebatan regu Amerika itu apabila tewas 212-254, 199-245 dalam dua perlawanan berikutnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Guru Kreatif Bina Lorong Boling, Cungkil Bakat Muda Di Sekolah Pedalaman

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Syafiq Ridhwan, Ahmad Muaz Sumbang Gangsa Di Kejohanan Boling Dunia

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Boling: Beregu Wanita Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Bangkok

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bryan Leong Lebur Rekod 13 Tahun Kuak Kupu-Kupu Lelaki Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad