web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Jaringan Ifedayo Bantu Melaka United Benam Selangor FC

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 7:23AM

Pemain Melaka United FC Sony Norde (kanan) diasak pemain Selangor FC Alexander Agyarkwa Ameyaw semasa beraksi pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dua jaringan Ifedayo Olusegun membantu Melaka United mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Selangor FC 2-0 pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Hang Jebat, di sini, semalam.

Minit-minit awal perlawanan menyaksikan kedua-kedua pasukan cuba mencari titik kelemahan masing-masing menerusi gerakan ke arah kubu lawan namun tidak menemui sentuhan penyudah walaupun Selangor juga dilihat sering melakukan hantaran yang mengancam pertahanan Melaka United.

Bagaimanapun, pada minit ke-39 tuan rumah memecah kebuntuan menerusi jaringan Ifedayo yang menerima umpanan di depan pintu gol, hasil gerakan pantas Sony Norde menewaskan pertahanan Selangor.

Tersentak dengan jaringan itu pasukan Gergasi Merah Kuning cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan dengan melakukan beberapa percubaan.

Peluang terbaik Selangor adalah menerusi sepakan percuma Muhammad Mukhairi Ajmal pada minit ke-41 namun tersasar ke sebelah kanan gawang biarpun bola itu terlepas daripada jangkauan penjaga gol Melaka United, Bryan See Tian Keat dan kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa perlawanan.

Bersambung di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan dilihat lebih bersemangat memburu gol terutamanya Selangor yang terdesak untuk menyamakan kedudukan menerusi gerakan Brendan Gan, Herlison Caion, Muhammad Mukhairi dan Quentin Cheng.

Namun skuad Sang Kancil memanfaatkan peluang dengan melakukan serangan balas pantas sekali lagi menerusi jaringan Ifedayo pada minit ke-57 bagi jaringan keduanya pada perlawanan itu.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Melaka United memperbaiki kedudukan untuk berada di tangga kelapan liga manakala Selangor kekal di tangga ketujuh dengan masing-masing mengumpul 12 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam