web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Axelsen Dalam Kelas Tersendiri, Rangkul Gelaran Sulung Terbuka Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 7:17PM

Pemain nombor satu dunia dari Denmark Viktor Axelsen menjuarai perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 hari ini - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas dengan mudah menewaskan pemain Jepun, Kento Momota, pada final perseorangan lelaki, di sini, hari ini.

Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakarkan gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas Terbuka dan Masters Indonesia.

Kejayaan pemain berusia 28 tahun itu turut menamatkan dominasi kejuaraan pemain Asia selama 15 tahun selepas rakan senegara, Peter Gade muncul juara pada 2007.

Pada aksi final dengan kebanjiran 10,000 penonton di Axiata Arena Bukit Jalil, Momota jelas tiada tandingan kepada aksi cemerlang oleh Axelsen yang masih belum memutuskan penyertaan pada saingan Masters Malaysia di venue sama, bermula Selasa ini.

Momota jelas tiada tandingan kepada aksi cemerlang oleh Axelsen hari ini - Gambar oleh Alif Omar
Momota jelas tiada tandingan kepada aksi cemerlang oleh Axelsen hari ini - Gambar oleh Alif Omar

Kejayaan gelaran sulung itu membolehkan Axelsen membawa pulang hadiah wang tunai US$47,250 (kira-kira RM208,000) manakala Momota menerima US$22,950 (kira-kira RM101,000).

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyampaikan hadiah tersebut.

Sementara itu, pada final perseorangan wanita, pemain Thailand, Ratchanok Intanon merangkul kejuaraan kali kedua selepas 2016 apabila mengejutkan juara Olimpik Tokyo 2020, Chen Yu Fei dari China.

Pemain Thailand, Ratchanok Intanon merangkul kejuaraan kali kedua selepas 2016 - Gambar oleh Alif Omar
Pemain Thailand, Ratchanok Intanon merangkul kejuaraan kali kedua selepas 2016 - Gambar oleh Alif Omar

Ratchanok, 27, berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selepas Masters Indonesia pada 2020 untuk mengatasi Yu Fei, 21-15, 13-21, 21-16, dalam saingan lebih sejam.

Pertemuan dengan lawannya berusia 24 tahun itu adalah kali ke-18 dengan rekod kemenangan memihak kepada pemain China itu, 15-3.

Kedua-dua pemain itu akan menggalas cabaran pada Masters Malaysia nanti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Benam Wakil China, Mara Ke Separuh Akhir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar