web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Hormati Keputusan Zii Jia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 12:54PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan pemain profesional negara Lee Zii Jia yang menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akur dengan Zii Jia yang mahu memberi fokus kepada persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada Ogos depan.

“Saya sudah bercakap dengan beliau sendiri dan beliau memohon maaf kerana sebenarnya bersungguh-sungguh hendak mewakili negara (Sukan Komanwel) tetapi jadual begitu padat menyebabkan terpaksa mengambil keputusan yang berat.

“Beliau sebenarnya berasa kesal kerana tidak dapat mewakili Malaysia untuk (sasaran) membawa pingat emas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di sini hari ini.

Rabu lepas, pemain kelima terbaik dunia itu memutuskan untuk tidak membuat penampilan pada Sukan Komanwel disebabkan jadual padat yang diharunginya sejak kebelakangan ini, di samping berhasrat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia.

Kekosongan ditinggalkan juara Asia itu memberi peluang buat Ng Tze Yong menggalas tugas sebagai perseorangan lelaki negara.

Pada temasya di Gold Coast 2018, skuad badminton membawa pulang dua emas, satu perak dan dua gangsa dengan pingat emas dihadiahkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan beregu wanita Chow Mei Kuan-Vivian Hoo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

4

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar