web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Status Terbuka Malaysia Setanding All England Mulai 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 8:31AM

Li Junhui (kiri) dan Liu Yuchen dari China memenangi acara beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur pada 17 April 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terbuka Malaysia adalah antara kejohanan peringkat teratas dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mulai  tahun depan hingga 2026.

BWF mengumumkan bahawa status Terbuka Malaysia telah dinaik taraf daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000, sekali gus menyertai  kelab elit seperti Kejohanan All England, Terbuka China dan Indonesia.

Selain itu, Terbuka India dan Singapura kini telah dinaikkan kepada status Super 750, manakala tuan rumah Super 750 sedia ada dari China, Denmark, Perancis, dan Jepun telah mengekalkan status masing-masing.

Australia, Kanada, Finland telah tersenarai sebagai kejohanan jelajah Super 500 dan tuan rumah baharu, Jepun sebaris dengan status kejohanan di Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia (Masters) dan Thailand.

Walau bagaimanapun, hos untuk Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF akhir musim hanya akan diumumkan kemudian, manakala hos Super 100 akan diumumkan secara berasingan.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata, pengumuman itu merangkumi proses pembidaan menarik yang menyaksikan minat yang sihat daripada semua pembida hos dan percaya ia akan meningkatkan status badminton di peringkat global.

''Badminton adalah salah satu sukan yang paling pesat berkembang di dunia dengan penyertaan tinggi sepanjang masa dan bilangan peminat. Lebih banyak kejohanan memberi kami peluang yang hebat untuk meningkatkan jangkauan sukan di seluruh dunia, bukan sahaja di wilayah yang sudah sedia, tetapi juga ke kawasan baharu.

“Kami amat digalakkan dengan penerimaan sejumlah besar bidaan berkualiti tinggi dan itu menjadi petanda untuk siri jelajah yang lebih besar dan lebih baik dalam tempoh empat tahun akan datang. Ia membolehkan lebih ramai pemain sertai kejohanan elit dan memperoleh pengalaman berharga.

“Ia membolehkan kami dapat memberi kepastian terhadap hadiah wang yang lebih menarik, liputan lebih luas di televisyen dan dalam talian. Ini semua menyumbangkan kepada pencarian produk sukan bertaraf dunia yang diusahakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terbuka Malaysia dianjurkan sejak 1937 diberikan status Super 750 sejak 2018.

Selepas ditangguhkan sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19, Terbuka Malaysia kembali semula tahun ini dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti Malaysia Masters dari 5 hingga 10 Julai di Axiata Arena. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad