web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sepanduk Peja Jangan Hisap Gam, Ahmad Faizal Terima Teguran

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 5:52PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berterima kasih terhadap pemasangan sepanduk ‘Peja Jangan Hisap Gam’ dan menyifatkan kata-kata yang ditulis itu sebagai nasihat berguna dalam memperbaiki kelemahan dirinya.

Menurutnya, beliau sama sekali tidak terasa hati dengan tindakan kumpulan penyokong Harimau Malaya itu, semasa pertemuan Malaysia menentang pasukan Bangladesh malam tadi bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Malaysia menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Malaysia menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Timbalan Presiden BERSATU itu berkata, beliau berdoa agar segala kebaikan yang dilakukan diredhai oleh Allah.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua! 

“Terima kasih! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Faizal yang juga dikenali sebagai Peja sebelum ini membangkitkan kemarahan rakyat apabila berkata, faktor luaran seperti kehadiran 63,000 penonton di stadium turut menjadi punca pasukan negara tewas kerana ia boleh menyebabkan pemain hilang fokus.

Katanya, beliau tidak merasakan penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias adalah punca gawang pasukan Malaysia dibolosi lawan sehingga mengakibatkan kekalahan tipis 2-1 kepada Malaysia.

Susulan kenyataan, Peja dihujani kecaman ramai termasuk dari kalangan ahli politik, sebelum bertindak memohon maaf atas kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan kejayaan pasukan Harimau Malaya mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sebagai satu sejarah bermakna buat Malaysia.

Katanya, Ahmad Faizal berkata, kejayaan menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi secara tidak langsung menamatkan penantian 42 tahun negara dan selain keringat pemain, kemenangan itu turut dibantu oleh sorakan tanpa henti peminat.

"Alhamdulillah! Syabas Skuad Harimau Malaya berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023 malam tadi.

"Malam bersejarah buat bola sepak negara selepas penantian 42 tahun. Skuad Harimau Malaya layak secara merit selaku lima naib juara daripada enam kumpulan yang bersaing dalam aksi kelayakan.

"Kejayaan ini cukup bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia. Teruskan fokus dan usaha untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan," katanya.

Pada aksi ketiga kumpulan itu, gol Malaysia dijaringkan oleh Safawi Rasid (minit 16), Dion Cools (minit 38), Syafiq Ahmad (minit 47) dan Darren Lok (minit 73) manakala gol tunggal Bangladesh oleh Mohammad Ibrahim (minit 31).

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023. - Getaran, 15 Jun 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad