web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Layak Ke Piala Asia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 8:03AM

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berpesta gol membelasah Bangladesh 4-1, pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 dalam suasana penuh emosi di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi.

Kejayaan membanggakan itu hadir selepas skuad Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon berpesta gol membelasah Bangladesh 4-1, pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia.

Kemenangan disaksikan 52,964 penonton itu, membolehkan pasukan negara mengumpul keseluruhan enam mata untuk menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia 2023, selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan.

Malaysia menamatkan penantian lebih 4 dekad untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 dalam suasana penuh emosi di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Malaysia menamatkan penantian lebih 4 dekad untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 dalam suasana penuh emosi di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Keempat-empat gol pasukan negara malam ini masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok.

Pada aksi bersejarah itu, Malaysia yang bermotivasi tinggi untuk memburu tiga mata memulakan perlawanan dengan garang, apabila memberikan amaran seawal minit keenam apabila rembatan penyerang Muhammad Syafiq Ahmad terkena tiang, tatkala penjaga gol Anisur Rahman sudah tertewas.

Asakan demi asakan dilancarkan Malaysia di awal permainan membuahkan hasil, apabila Muhammad Safawi Rasid meletakkan pasukan di depan pada minit ke-16 menerusi sepakan penalti, susulan Matthew Davies dijatuhkan Mohammad Atiqur Rahman.

Tiga minit berselang, Muhammad Safawi terlepas peluang menggandakan kedudukan buat Malaysia dan meraih gol kedua peribadinya malam ini, selepas tandukan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu yang tidak dikawal berjaya ditepis Rahman.

Kegembiraan terpancar pada wajah penyokong selepas Malaysia layak ke Piala Asia 2023. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Kegembiraan terpancar pada wajah penyokong selepas Malaysia layak ke Piala Asia 2023. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pasukan negara kali terakhir mara secara merit ke Piala Asia pada edisi 1980 di Kuwait. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pasukan negara kali terakhir mara secara merit ke Piala Asia pada edisi 1980 di Kuwait. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Keempat-empat gol pasukan negara masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Keempat-empat gol pasukan negara masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Ketika Malaysia mendominasi permainan, Bangladesh 'mendiamkan' seketika suasana Stadium Nasional, apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-31, selepas Mohammad Ibrahim menanduk masuk bola yang berpunca dari lontaran ke dalam jarak jauh rakan sepasukan.

Namun pasukan negara pantas memberikan respons apabila kembali mendahului perlawanan pada minit ke-38, menerusi rembatan kaki kiri pemain pertahanan Dion Cools yang gagal ditampan kemas Rahman, sekali gus meledak gol pertamanya bersama skuad kebangsaan.

Malaysia terus menguasai permainan dan berjaya melebarkan defisit jaringan apabila Muhammad Syafiq yang juga kapten malam ini, menanduk masuk hantaran jarak jauh Mohamad Faisal Halim selepas dua minit bersambung babak kedua.

Kim Pan Gon (dua dari kanan) meraikan kejayaan Malaysia menewaskan Bangladesh malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Kim Pan Gon (dua dari kanan) meraikan kejayaan Malaysia menewaskan Bangladesh malam tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Sementara itu pada sidang media selepas perlawanan, Pan Gon berterima kasih kepada semua pihak - peminat, pasukan-pasukan Liga Super, jurulatih kelab tempatan dan pemilik kelab, terutamanya pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang membenarkan 15 pemain pasukan itu menyertai pasukan kebangsaan.

Malah beliau turut berterima kasih atas kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk turut hadir ke Stadium Nasional, bagi memberikan sokongan kepada pasukannya malam ini dan juga pada perlawanan menentang Bahrain.

“… dan malam ini terima kasih tak terhingga kepada kesemua pemain Harimau Malaya, saya amat berbangga dengan mereka, dan bagaimana bagusnya mereka. Mereka benar-benar berikan semangat dan tenaga dan apa yang dimahukan peminat, saya rasa telahpun kami tunaikan malam ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar