web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Damok Raih Tempat Ke-2 Pada 2 Perlumbaan Di Barcelona

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 7:58AM

Syarifuddin Azman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, semalam.

Perlumba berusia 20 tahun mewakili SIC Racing itu, pada mulanya merangkul tempat kedua pada Perlumbaan 1 dengan mencatatkan masa 29 minit 29.888 saat (s), ketinggalan 11.364s di belakang pemenang perlumbaan, Jose Antonio Rueda dari Sepanyol.

Pelumba Itali, Filippo Farioligas (29:29.990s) melengkapkan podium manakala seorang lagi pelumba Malaysia, Danial Syahmi Ahmad Shahril (29:39.973s) hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-14, menurut keputusan dalam laman web rasmi.

Kembali dalam Perlumbaan 2, pemenang podium kekal tidak berubah dengan Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mencatatkan masa 29:39.669s, sekali lagi menamatkan perlumbaan jarak 74.5km di belakang Jose (29:31.508s) sementara tempat ketiga disandang oleh Filippo dengan catatan masa 29:40.094s.

Danial Syahmi, yang berlumba untuk Asia Talent Team, tidak dapat menamatkan perlumbaan.

“Perlumbaan 1 tadi agak sukar pada awalnya kerana Rueda dah mencapai jarak yang selesa, saya cuba untuk mengekalkan  rentak dan habiskan perlumbaan, sebelum berjaya mendapatkan kedudukan kedua selepas bersaing dengan tiga pelumba.

“Pada Perlumbaan 2, Rueda sekali lagi dah pergi depan, saya cuba kejar tetapi pelumba lain cuba untuk memintas saya, membuatkan jurang jarak menjadi lebih besar. Saya sangat gembira dengan keputusan ini, dua piala ini untuk anda semua rakyat Malaysia,” kata Damok. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran