web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Bahrain: Hanya Menang Atau Seri, Kalah Bukan Satu Pilihan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 6:19PM

Kim Pan Gon (kiri) bercakap pada sidang media Perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 hari ini. Turut hadir pemain pasukan Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee (kanan). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Hanya menang atau seri.

Itulah dua pilihan diberikan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Kim Pan Gon kepada anak buahnya menjelang pertemuan Harimau Malaya dengan pasukan pilihan Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok.

Pan Gon berkata Malaysia menghormati Bahrain sebagai sebuah pasukan hebat di Asia dengan aksi yang mengagumkan beberapa tahun ini termasuk kejayaan dalam membuat penampilan dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanapun, beliau berkata skuad Harimau Malaya sedia untuk berhadapan lawan mereka dan mempunyai cara tersendiri untuk menjayakan misinya selain tidak menolak kemungkinan melakukan kejutan ke atas Bahrain yang dibimbing Helio Sousa.

“Satu mata atau tiga mata, macam mana sekalipun kami perlukan mata. Kami akan menggunakan strategi dan taktik kami untuk memperoleh satu mata kerana ia sangat penting. Kami perlu menjadi amat kuat ketika berhadapan Bahrain,” katanya dalam sidang media praperlawanan di sini hari ini.

“Saya percaya ia akan menjadi perlawanan yang sukar berdasarkan pengalaman dan kualiti Bahrain. Saya boleh katakan kami sudah bersedia. Kami menghormati lawan tetapi kami masih mahu bertarung dengan cara kami, mereka adalah kuat tetapi kami bukannya sebuah pasukan yang mudah mengalah, pemain kami juga kuat, dari segi mental mereka juga kuat,” katanya.

Jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu juga menganggap kedudukan ranking dunia Malaysia jauh di tangga ke-154 berbanding Bahrain di kedudukan ke-89 tidak bermakna di atas padang esok.

“Kami tidak sepatutnya takut dengan ranking pasukan lawan, kami mahu menunjukkan mereka kekuatan mental pemain Malaysia, semangat juang … kami mahu membanggakan peminat bola sepak Malaysia, ini fokus kami sekarang,” katanya.

Untuk rekod, dalam pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan Mei tahun lepas Bahrain menundukkan Malaysia yang ketika itu di bawah bimbingan bekas Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, 2-0.

Malaysia dan Bahrain kini berkongsi tiga mata di kedudukan teratas Kumpulan E selepas masing-masing menewaskan Turkmenistan 3-1 dan Bangladesh 2-0 di Stadium Nasional, Rabu lepas. 

Hanya juara dan lima naib juara teratas kumpulan akan layak ke final Piala Asia 2023 dengan kemunculan terakhir Malaysia dalam kejohanan berprestij pada 2007 itu selaku tuan rumah bersama tetapi lebih 40 tahun skuad kebangsaan gagal untuk mara secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.

Sementara itu ketika ditanya mengenai ramalan beliau mengenai satu lagi pertemuan antara Bangladesh dan Turkmenistan esok, Pan Gon berkata beliau akan menyokong Bangladesh dan berharap mereka akan mendapat keputusan positif.

Pada masa sama, Pan Gon berkata kehadiran bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail  Sultan Ibrahim di stadium esok akan memberikan semangat kepada pasukan negara. 

“Pemain kami di sini difahamkan mereka amat menyukai beliau (Tunku Ismail),” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan