web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Rekod Kebangsaan Muhammad Erry Tidak Cukup Untuk Cabar Rahmat

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 3:36PM

Muhammad Erry Hidayat melakukan angkatan dalam acara 73 kilogram snatch, clean and jerk pada Sukan SEA ke-31 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Angkatan rekod kebangsaan belum cukup buat badang negara Muhammad Erry Hidayat untuk mencabar juara dunia 2021, Rahmat Erwin Abdullah dari Indonesia pada Sukan SEA ke-31 di sini.

Pada acara angkat berat kategori 73 kilogram (kg) lelaki di Hanoi Sports Training and Competition Center hari ini, Muhammad Erry berjaya melakukan angkatan 143kg bagi snatch dan 173kg bagi clean and jerk untuk mempertahankan pingat gangsa dengan bebanan keseluruhan 316kg.

Ia mengatasi rekod terdahulunya – 141kg bagi snatch, 171kg untuk clean and jerk - untuk jumlah keseluruhan 312kg yang dicatatkan di Melaka pada 2020.

Rahmat Erwin berjaya mempertahankan emasnya dengan bergaya, selepas mencatatkan rekod temasya baharu menerusi angkatan sejumlah 345kg (155+190), mengatasi rekod 322 kg (145+177) yang dicatatkan pada Filipina 2019.

Wakil Thailand, Anucha Doungsri berjaya membawa pulang perak dengan bebanan seberat 321kg.

Muhammad Erry, anak bekas jaguh angkat berat negara Hidayat Hamidon, berkata beliau cuba untuk bersaing untuk pingat perak dengan meningkatkan bebanannya kepada 173kg pada percubaan terakhir clean and jerk, namun tidak berjaya.

"Saya memang tak pernah melakukan angkatan seberat itu pada latihan, tetapi cuba untuk mencabar Anucha.

"Selepas ini, perlu terus melakukan persediaan bagi menghadapi Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Julai. Jika semuanya berjalan lancar dan kekal disiplin, ada peluang untuk membawa pulang emas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Namun, beliau mengakui akan berhadapan cabaran sengit daripada Achinta Sheuli dari India, yang turut mempunyai rekod peribadi yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad