web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Jun Hao Terkedu, Tewas Mengejut

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 9:42AM

Reaksi Leong Jun Hao ketika menentang pemain dari India Prannoy H S pada perlawanan suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Terpinga-pinga dan terkedu.

Begitulah reaksi pemain perseorangan ketiga Malaysia, Leong Jun Hao selepas dia gagal bangkit untuk meneruskan perjuangan membantu pasukan negara menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Piala Thomas, di sini.

Jun Hao, mengalami kekalahan straight set kepada Prannoy H.S. 13-21, 8-21 dalam persaingan sengit bagi menentukan tempat ke separuh akhir Pusingan Akhir Piala Thomas 2022 di Impact Arena.

“Memang tak tahu nak cakap apa, saya tak beri sumbangan kepada Malaysia,” kata Jun Hao yang sebak ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di zon campuran di sini.

India memusnahkan harapan Malaysia dengan keputusan 3-2 sekali gus mencipta sejarah tersendiri untuk mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam kejohanan berpasukan badminton paling berprestij di dunia itu.

Bagaimanapun, Jun Hao, yang berada di kedudukan ke-124 terbaik dunia, berikrar untuk tampil lebih bertenaga dan memberikan sumbangan membanggakan buat Malaysia pada masa hadapan.

Dalam pada itu, pemain beregu lelaki Malaysia Nur Izzuddin Rumsani berkata permainan tidak berjalan lancar manakala pasangannya Goh Sze Fei mengakui mereka amat sukar untuk mengutip mata ketika menentang lawan, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty memandangkan kekuatan pertahanan beregu India itu pada sepanjang perlawanan.

Satwiksairaj-Chirag memberi inspirasi kepada kebangkitan India selepas ketinggalan satu perlawanan untuk mengikat kedudukan 1-1 apabila mereka menundukkan Sze Fei-Nur Izzuddin, 21-19, 21-15, pada perlawanan kedua.

Sementara itu, Prannoy yang berusia 29 tahun menyifatkan perlawanan ketiga sebagai perlawanan ‘hidup atau mati’ dan berbangga membantu pasukannya mara ke perlawanan separuh akhir.

“Tekanan sentiasa ada apabila kedudukan terikat 2-2. Saya merasakan bahawa edisi ini adalah ruang untuk kita turun beraksi habis-habisan,” katanya.

Pemain nombor 23 dunia itu juga percaya bahawa beliau kini berupaya untuk mengalahkan pemain terbaik dunia.

“Saya amat yakin dan mengenali diri saya. Saya boleh menewaskan sesiapa sahaja tetapi saya perlu lebih konsisten kerana itulah yang akan membuatkan anda menjadi pemain yang lebih baik,” tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad