web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taqiyuddin, Sazzlan Pertahan Emas Ganda Putra

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 3:24PM

Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga menyumbangkan emas ketujuh buat kontinjen Malaysia. - Gambar dari Twitter Man Olimpik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Aksi mantap dengan kepelbagaian teknik yang ditampilkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga memberi kelebihan kepada gandingan pesilat negara itu untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.

Pasangan berkenaan mengungguli acara final tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Bac Tu Liem (Bac Tu Liem Sporting Center), setelah memperoleh 9.905 mata untuk menewaskan pencabar mereka dari Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque.

Pasangan adik-beradik itu mengutip 9.905 mata untuk meraih perak manakala gangsa milik bersama gandingan tuan rumah, Duc Danh Tran-Hong Que Le dan AbdulKarim Yusoh-Khairulmahadi Yusoh dari Thailand yang masing-masing terpaksa akur di peringkat separuh akhir semalam.

Kejayaan Taqiyuddin dan Sazzlan yang memenangi kategori tersebut pada Sukan SEA 2019 di Filipina, sekali gus memberikan pingat emas pertama Malaysia dalam acara pencak silat pada temasya sukan berkenaan kali ini.

Pencapaian juara dunia 2018 itu juga menghadiahkan emas ketujuh buat kontinjen Malaysia setelah acara terjun menyumbangkan enam pingat emas setakat ini.

Ketika ditemui pemberita selepas acara berkenaan, Sazzlan ternyata amat berpuas hati dengan kejayaan tersebut, sambil menyifatkan pencapaian itu melonjakkan semangat mereka untuk menampilkan aksi terbaik pada Kejohanan Pencak Silat Sedunia 2022 di Kuala Lumpur, Julai depan.

Sazzlan berkata selaku juara bertahan, beliau bersama Taqiyuddin turun tanpa rasa tekanan sebaliknya memberi sepenuh fokus untuk mempamerkan aksi terbaik hari ini.

“Kalau ikutkan, lebih berasa tekanan ketika berdepan gandingan tuan rumah, Vietnam semalam di peringkat separuh akhir.

“Jadi pada hari ini, kita hanya tumpu kepada persembahan kita dan tidak tengok aksi pihak lawan yang terlebih dahulu membuat persembahan,” katanya.

Kejayaan meraih pingat emas di Hanoi itu adalah ketiga buat Taqiyuddin yang sebelum ini mengungguli acara tersebut pada edisi 2017 di Kuala Lumpur berpasangan dengan Rosli Sharif sebelum mula bergandingan dengan Sazzlan pada temasya 2019 di Filipina. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar