web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ACL: JDT Tewaskan Guangzhou FC 2-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 9:58AM

Pemain JDT, Arif Aiman cuba melepasi beberapa pemain Guangzhou FC, Shadeer Sihakejiang dan Wang Tianqing pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Guangzhou FC 2-0 dalam perlawanan timbal balik aksi Kumpulan I kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi.

Awal perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan ligat mengasak benteng pertahanan lawan masing-masing dengan beberapa percubaan.

Gawang juara lapan kali Liga Super China itu dibolosi pada minit ke-16 selepas pengadil Payam Heidari menghadiahkan penalti kepada JDT apabila Bergson Da Silva dikasari Feng Yifan, sekali gus membolehkan pemain sensasi itu meledakkan gol pertama buat JDT.

Bagaimanapun JDT gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk menambah jaringan selepas tendangan Bergson pada minit ke-33 berjaya ditepis penjaga gol Zhang Jihao.

Pasukan kendalian Pan Yong He dilihat seakan sukar menemui rentak permainan selepas diasak serangan JDT.

Satu minit sebelum tamat perlawanan, anak buah Benjamin Mora sekali lagi dihadiahi penalti menerusi Bergson selepas Ramadhan Saifullah dikasari Shadeer Sihakejiang dan keputusan kekal 2-0.

Susulan kemenangan itu, JDT kini menghuni tangga kedua dengan 10 mata di belakang Ulsan Hyundai juga dengan 10 mata cuma dipisahkan dengan perbezaan gol, manakala Kawasaki Frontale turun di tempat ketiga dengan lapan mata diikuti Guangzhou FC tanpa sebarang mata.

Pada aksi petang tadi, Ulsan Hyundai dari Korea Selatan mencatat kemenangan ketiga apabila menumpaskan pasukan Kawasaki Frontale dengan 3-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad