web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cristiano Ronaldo Kehilangan Bayi Lelaki

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 10:30AM

Ronaldo dan Rodriguez - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez, mengumumkan bayi lelaki mereka telah meninggal dunia.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial pada Isnin.

Ronaldo dan Rodriguez berkata:

''Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ia merupakan kedukaan terbesar yang dirasai oleh mana-mana ibu bapa.''

Pada Oktober lalu, bintang Manchester United itu mengumumkan bahawa Rodriguez sedang mengandung anak kembar.

Pada December, mereka mengumumkan bahawa Rodriguez mengandung kembar lelaki dan perempuan.

“Hanya kelahiran bayi perempuan ini akan terus memberi kami semangat untuk mengharungi saat ini dengan harapan dan kegembiraan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas semua jagaan dan sokongan mereka. Kami semua kecewa atas kehilangan ini dan memohon privasi ketika waktu sukar ini,” kata Ronaldo dan Rodriguez.

Anak pertama Ronaldo dengan Rodriguez, Alana Martina, dilahirkan pada November 2017.

Dia juga adalah bapa kepada kembar Eva dan Mateo, yang dilahirkan menerusi ibu tumpang pada Jun 2017.

Ronaldo juga mempunyai seorang lagi anak, Cristiano Jr., 11, dengan bekas pasangannya yang tidak pernah didedahkan. - CNN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar