web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Josue Wira KL City Raih Kemenangan Sulung Di Cheras

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 8:28AM

Josue meraikan jaringannya dalam aksi menentang Melaka United. - Gambar dari Facebook KL City FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC akhirnya menemui rentak kemenangan selepas menewaskan Melaka United FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi.

Selepas memulakan saingan musim ini dengan mencatat satu keputusan seri diikuti tewas dua kali, tiga mata dikutip skuad bimbingan Bojan Hodak melonjakkan mereka ke kedudukan keenam selepas mengharungi empat perlawanan.

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menerajui saingan Liga Super dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan pertama.

Pada aksi di Cheras, ketua pasukan Paulo Josue muncul wira kebangkitan KL City daripada dua kekalahan liga berturut-turut apabila menyumbat dua gol pada babak pertama sekali gus menamatkan kemarau gol dalam tiga aksi terdahulu.

Pemain kelahiran Brazil itu meletakkan skuad The City Boys di depan seawal minit ketiga selepas memanfaatkan kelewatan pemain pertahan lawan mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya dan melakukan rembatan padu menewaskan penjaga gol Norazlan Razali.

Josue menggandakan kedudukan pasukan tuan rumah pada minit ke-30 menerusi sentuhan penyudah yang tepat dalam ruang yang terhad yang menyaksikan Norazlan gagal menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi kali kedua.

Sementara itu, hasrat Sri Pahang FC untuk meraih kemenangan pertama musim ini tidak kesampaian selepas diikat Petaling Jaya (PJ) City FC 1-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pemain PJ City FC, R Barathkumar menjadi pemusnah harapan Skuad Tok Gajah pada perlawanan kedua liga mereka itu, apabila menyamakan kedudukan di penghujung babak permainan sekali gus menafikan jaringan awal pasukan tuan rumah disumbangkan Manuel Hidalgo pada minit ke-38.

Keputusan sama turut dicatat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang selepas Penang FC dan Negeri Sembilan FC terikat 1-1 yang menyaksikan pemain tuan rumah Hilal El-Helwe dan penyerang pasukan pelawat Zaquan Adha Abd Radzak masing-masing menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39 dan minit ke-33 babak pertama.

Dalam pada itu, dua aksi Liga Premier menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) II melakar kemenangan ketiga mereka manakala Perak FC yang dikenakan hukuman pemotongan tiga mata baru-baru ini, akhirnya merakam kemenangan sulung.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan tuan rumah cuba bangkit menerusi jaringan Nazirul Hasif Mailang pada minit ke-75, namun dua jaringan masing-masing oleh Moussa Sidibe pada minit ke-16 dan Fernando Rodriguez (minit ke-29) sudah memadai untuk JDT II membawa pulang tiga mata berharga.

Kemenangan 2-1 pada perlawanan keempat itu membolehkan JDT II kekal mencabar pendahulu Kelantan FC yang memiliki kurang satu perlawanan, dengan kedua-dua pasukan berkongsi sembilan mata.

Manakala di Stadium Perak, Ipoh, Perak FC mengutip tiga mata sulung selepas mengatasi Selangor FC 2, 2-1 yang menyaksikan Mohammad Farid Khazali muncul wira pasukan menjaringkan dua gol dalam 10 minit terakhir perlawanan untuk menafikan jaringan George Attram untuk gol pertama Selangor FC 2. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad