Berita Terkini

15 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


L'Étape Malaysia Bakal Jana RM14 juta Untuk Sukan, Pelancongan Johor

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 8:25PM

Onn Hafiz (tengah), Ahli Lembaga Pengarah Sports Johor Sdn. Bhd, Lukman Abu Bakar (dua dari kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani (tiga dari kiri), Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah (tiga dari kanan) dan Presiden Muse Group Asia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (dua dari kanan) pada majlis pelancaran L’Étape Malaysia. - Gambar dari Muse Group Asia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Acara utama Tour de France di luar Perancis, iaitu perlumbaan L’Étape untuk amatur akan diadakan di Pantai Desaru pada 4 Jun ini.

Dengan 4,000 pelumba dari Malaysia dan luar negara yang mengambil bahagian, perlumbaan ini adalah satu signifikan kerana ia menandakan kembalinya acara besar di Malaysia selepas pandemik COVID-19 yang menjejaskan industri sukan serta pelancongan.

Menteri Besar yang baharu dilantik, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang melancarkan L’Étape Malaysia by Tour de France hari ini berkata, acara dua hari itu dijangka menjana RM14 juta untuk ekonomi negeri berkenaan.

'”Ini akan menjadi program penting untuk membuktikan bahawa Johor kini dibuka untuk perniagaan dan kami mengalu-alukan semua orang ke Pantai Desaru, iaitu salah satu destinasi pelancongan premium kami.

'”Saya berharap untuk melihat Johor sebagai sebuah negeri sukan. Selain daripada bekerja dan mencari rezeki, kita perlu menggalakkan gaya hidup sihat kerana ini penting untuk kesejahteraan kita sekarang selepas kita beralih daripada fasa pandemik kepada fasa endemik,” katanya pada sidang media.

L’Étape Malaysia menawarkan dua pilihan laluan, 140 kilometer (km) dan 60 km serta meliputi lima kategori untuk kedua-dua jarak, iaitu individu lelaki, individu wanita, lelaki berpasukan, wanita berpasukan dan pasukan campuran.

Acara itu dijangka meningkatkan industri pelancongan Desaru Coast yang menampilkan laluan pantai bersepadu, hotel dan pusat peranginan terkenal di dunia, dua padang golf serta taman air.

L’Étape Malaysia disasarkan kepada penunggang basikal baharu dan berpengalaman serta terbuka kepada peserta tempatan dan antarabangsa.
 

Riduwan Matni
Riduwan Matni

Dianjurkan Muse Group Asia, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riduwan Matni berkata, sehingga kini, pihaknya menerima kira-kira 3,012 pendaftaran peserta atau 78 peratus daripada sasaran 4,000 peserta, sekali gus menjadikan acara di Malaysia itu sebagai acara L'Étape terbesar setakat ini.

'”Malaysia adalah rumah kepada ramai penunggang basikal amatur dan berpengalaman. Ini menunjukkan betapa sukan berbasikal semakin mendapat tempat di hati orang ramai di Malaysia.

'”Kami mengalu-alukan mereka ke Pantai Desaru yang indah ini untuk mengambil bahagian dalam L’Étape Malaysia yang pastinya meninggalkan seribu satu kenangan untuk semua,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Sports Johor, Mohd Johari Tarmidi berkata, sokongan padu daripada komuniti berbasikal adalah menggalakkan.

“Selama ini, memang menjadi visi kami untuk mewujud dan membangunkan komuniti kesukanan di Johor dan Malaysia.

“Justeru, kami tidak dapat memikirkan ada cara lebih baik daripada membawa acara berprestij seperti L’Étape ke Malaysia untuk menarik penyertaan komuniti penunggang basikal dari seluruh tanah air,” katanya.

L’Étape Malaysia adalah satu-satunya siri ‘cyclo-sportive’ yang memberikan pengalaman Tour de France kepada penunggang basikal amatur dan peluang untuk berlumba seperti juara Tour de France.

Siri ini sudah dianjurkan di lebih 20 negara, seperti Australia, Indonesia, Thailand, China dan Perancis dengan Malaysia menjadi lokasi terbaharu untuk penganjuran acara tersebut.

Desaru Coast, Malaysia Airlines, Chek Hup dan Majlis Sukan Johor adalah antara penaja utama dan rakan kongsi L’Étape Malaysia.

The Vibes adalah rakan media rasmi dalam talian bersama Tik Tok yang menjadi platform media sosial rasmi.

Rakan kongsi strategik termasuk Kedutaan Perancis dan CCI France Malaysia.

Datuk Zainul Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Petra News, yang menerbitkan The Vibes dan portal berbahasa Malaysia, Getaran, berkata sebahagian daripada L’Étape akan membantu memperkenalkan The Vibes secara lebih meluas kepada pembaca di selatan.

“Ini adalah komitmen kami sebagai sebuah portal yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan menjadi portal berita untuk semua,” kata Zainul sambil memaklumkan bahawa The Vibes dilancarkan di Kota Kinabalu bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai organisasi baharu yang menampilkan ciri Malaysia sebenar.

Disokong oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, pendaftaran untuk acara itu yang ditutup pada 4 Mei depan boleh dilakukan menerusi laman sesawang www.letapemalaysia.com. – The Vibes, 29 Mac 2022

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Lelaki Ditahan Disyaki Terbabit Samun Penuntut IPT

Politik 5 jam yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Direman Seminggu