web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Jerman: Sze Fei-Nur Izzuddin Mara Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 10:18AM

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terbukti mereka lebih unggul berbanding rakan senegara, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam aksi suku akhir Terbuka Jerman 2022, malam tadi.

Ini berikutan gadingan bukan pilihan kejohanan, Sze Fei-Nur Izzuddin menewaskan Yew Sin-Ee Yi, pilihan keenam kejohanan itu, untuk menempah tempat ke separuh akhir hari ini selepas mengharungi pertarungan sengit sehingga ‘rubber set’ yang berlangsung selama satu jam 15 minit.

Perlawanan yang diadakan di Westenergie Sporthalle, Mulheim an der Ruhr itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang apabila mereka memenangi perlawanan set pertama, 21-15.

Bagaimanapun, Yew Sin-Ee Yi, bangkit memberi tentangan dengan kemenangan 22-20 sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan tempat ke separuh akhir, juga dengan kelebihan dua mata, 21-19.

Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Nur Izzuddin, ranking ke-17 terbaik dunia akan menentang pasangan beregu He Ji Ting-Zhu Hao Dong selepas gandingan China itu menewaskan beregu dari India, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala dengan 21-11, 23-21.

Sementara itu, beregu campuran Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mara setelah tewas di tangan pilihan utama dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, dengan 11-21, 18-21, pada peringkat suku akhir.

Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, Malaysia akan mempunyai seorang lagi wakil pada perlawanan separuh akhir selepas pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menewaskan Zhao Jun Peng dari China, 21-12, 21-18.

Zii Jia akan bertemu Kunlavut Vitidsarn dair Thailand untuk penentuan tiket ke pentas final, esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Gagal Ke Final Terbuka Jerman

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Akan Bertemu Zii Jia Susulan Penyingkirannya Dari Terbuka Jerman

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Jerman

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Nekad Berpisah - Rexy

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja