web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perihal Belakang Tabir Sukan, Ke Mana Patut Kita Mengadu?

Infrastruktur dalam pembangunan sukan sebenarnya tidak hanya merangkumi perkakasan fizikal dan ruang latihan. Perlu ada juga suasana mental yang kondusif dan membina bagi memastikan hasil yang terbaik.

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 4:46PM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Kamila Valieva menjadi terkenal di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pertamanya kerana isu doping dan pengembalian hak bertanding kepada beliau walaupun didapati positif untuk ujian bahan terlarang. 

Namun dalam pancaran lampu sorot ke atas beliau, apa yang mungkin terlepas dari pandangan peminat sukan geluncur ais ialah tatacara jurulatih beliau apabila Valieva gagal mendapat pingat setelah melakukan beberapa kesilapan - termasuk terjatuh - dalam acaranya tempoh hari. 

President IOC, Thomas Bach, melahirkan kerisauan beliau melihat cara kasar jurulatih Valieva bertindak selepas kegagalan itu, lebih-lebih lagi Valieva hanyalah remaja berumur 15 tahun. 

Penulis tergerak untuk membincangkan hal ini kerana apabila kita membicarakan soal infrastruktur dalam usaha pembangunan sukan, amnya kita berbincang tentang penyediaan perkakasan fizikal dan ruang yang sesuai untuk latihan. 

Jarang sekali kita berbincang tentang perlunya suasana mental yang kondusif dan membina untuk memastikan hasil yang terbaik. 

Kita lebih gemar melanggan falsafah ‘School of Hard Knocks’ di mana kekasaran dan perilaku seumpamanya dikatakan akan membina perwatakan yang lebih kental dan kekuatan mental yang lebih utuh. 

Malah, ramai juga yang berkata, ‘aku dulu kena macam ni sekarang okey saja’, tanpa menyedari bahawa impak dan kesan mental tidak zahir serta merta dan mungkin kita yang dibesarkan dengan herdikan sebenarnya ‘tidak okey’. 

Falsafah ini, bagi penulis, tidak lagi sesuai dalam suasana di mana kita lebih faham akan impak kesihatan mental kepada kematangan emosi dan perwatakan stabil dalam jangka masa panjang. 

Malah, sudah banyak kajian yang dilakukan tentang cara-cara terbaik untuk memastikan atlet tetap mempunyai semangat kompetitif tetapi dalam suasana kesihatan mental yang membina.

(Satu simbol kemalasan, sebenarnya, apabila kita hanya guna pakai apa yang kita pernah alami tanpa mencari penambahbaikkan dari masa ke semasa). 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Namun yang lebih penting di sini bukan sahaja perubahan sikap dan pemikiran kita tentang kesihatan mental dan sukan, tetapi penyediaan institusi dan saluran yang selamat untuk menyokong usaha ini. 

Kalau kita lihat secara menyeluruh, perkara ini sebenarnya bukan sahaja isu yang melibatkan atlet, tetapi juga turun hingga ke perusahaan sukan akar umbi. 

Tidak cukup untuk kita ada sistem aduan dalam struktur organisasi sukan peringkat negeri atau negara. 

Kalau kita sendiri terlibat dengan bermain bola sepak di peringkat amatur, contohnya, dalam liga-liga yang wujud di seluruh negara sekarang dan kita dapati kita dikasari oleh pegawai atau jurulatih, apakah saluran yang ada untuk kita membuat aduan?

Adakah mencukupi kita sekadar berkata, “Alah, dia memang panas baran,” apabila jurulatih memaki kita? 

Bagaimana pula kalau berlaku gangguan seksual? Lebih-lebih lagi dalam sukan yang melibatkan anak-anak kita? Apakah kelab di mana kita atau anak-anak kita bermain sukan ada polisi tentang gangguan emosi, perilaku membuli atau amang seksual?

Adakah kita bertanyakan tentang hal ini sebelum mendaftarkan diri atau anak kita? 

Sebenarnya tidak memadai sekadar ada polisi ini - kerana yang lebih penting adalah tatacara menangani aduan sekiranya ia berlaku. 

Katakanlah anda seorang presiden kelab sukan dan ada anak buah anda mengadu kepada anda tentang kes buli, adakah anda tahu bagaimana untuk menyalurkan aduan ini kepada pihak yang berkenaan supaya siasatan dapat dilakukan dan tindakan dapat dikenakan kepada pihak yang bersalah? 

Ini semua terangkum dalam aspek memastikan wujudnya infrastruktur yang membina untuk kemajuan sukan negara.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Ingatlah, apabila berbicara tentang kemajuan sukan negara, bukanlah kita hanya melihat kepada atlet elit dan wakil negara atau pemain profesional. 

Mungkin kurang  0.1% daripada kita akan mencapai tahap tersebut sepanjang usia kita.

Tetapi sukan adalah untuk semua dan ia merupakan salah satu senjata penting kesihatan awam dalam usaha memerangi masalah penyakit tiga serangkai dan penyakit tidak berjangkit. 

Membudayakan sukan sebagai satu agenda ke arah kehidupan yang sihat adalah teras yang penting, tetapi penyediaan suasana yang selamat untuknya juga penting. 

Ini bukanlah isu yang unik di Malaysia - malahan satu perkara yang masih sukar ditangani dengan berkesan di seluruh dunia. 

Baru-baru ini, pemain bola sepak wanita dari Amerika Syarikat menulis surat terbuka kepada calon presiden United States Soccer Federation yang tidak menghiraukan aduan pemain yang dihantar kepada beliau ketika beliau menjawat jawatan yang sama pada 2018. 

Dunia sukan gimnastik Amerika Syarikat pula digegarkan dengan perlakuan amang seksual sistemik oleh salah seorang jurulatihnya, yang memberi impak kepada nama-nama terbesar dalam sukan ini. 

Bukan sahaja pemain wanita, tetapi juga berlaku kes serupa di kalangan pemain bola sepak lelaki remaja di England - bukan di peringkat elit atau antarabangsa, tetapi di peringkat akar umbi. 

Ketika ia berlaku, tiada saluran untuk mangsa membuat aduan dan hanya ketika mereka sudah dewasa barulah boleh isu ini dinaikkan.

Testimoni mangsa tentang impak perlakuan jurulatih kepada mereka meskipun sudah berpuluh tahun patut menjadi peringatan kepada kita dalam penyediaan infrastruktur sukan kita. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Kita tidak boleh mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal ini atau berpura-pura ia tidak berlaku.

Sebaliknya kita perlu menyediakan struktur yang sesuai di kalangan kelab sukan akar umbi kita, dengan tindakan yang sesuai dan saluran yang boleh membawa kepada kes jenayah sekiranya perlu. 

Ini sesuatu yang bukan sahaja kita, sebagai aktivis sukan di semua peringkat, perlu lobi dan perjuangkan, tetapi menjadi satu tanggungjawab kepada persatuan sukan negeri dan nasional sekiranya mereka betul-betul mahu melihat sukan berkembang dengan sihat di negara ini. - Getaran, 20 Februari 2022

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

3

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad