web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Latif Romly Kini Bergelar Datuk

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 12:45PM

Abdul Latif Romly - Gambar Majlis Sukan Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Atlet lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly; bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee dan penyanyi serta pelakon tersohor tanah air Abdul Hail Amir menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Anugerah berkenaan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 59 individu yang dikurniakan PMW pada majlis berkenaan.

Abdul Latif memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Tokyo.

Sementara 53 individu dianugerahkan pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) termasuk atlet badminton regu lelaki negara, Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Seramai 15 individu pula dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Asri Hamidon; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi JPM Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.

Manakala Menteri Besar Johor,  Datuk Hasni Mohammad mendahului senarai 263 penerima darjah kebesaran.

Hasni, 63, dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Pangkat Pertama itu pada istiadat pengurniaan tersebut. - Getaran, 8 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad