web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemain Muda Negara Tunjuk Belang Di India, Sweden

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 8:19AM

Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara beregu lelaki pada Kejohanan Antarabangsa India Syed Modi 2022 di Lucknow, semalam. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menjadi tumpuan, barisan pemain muda kebangsaan mencipta kejayaan bersejarah di dua kejohanan antarabangsa semalam.

Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Anna Ching-Teoh Mei Xing masing-masing merangkul gelaran sulung bagi musim 2022 pada Kejohanan Antarabangsa India Syed Modi 2022 di Lucknow.

Pada aksi final di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Wei Chong-Kai Wun selaku pilihan keenam memerlukan 33 minit untuk mengecewakan wakil tuan rumah Krishna Garaga-Vishnuvardhan Panjala 21-18, 21-15 untuk muncul juara beregu lelaki.

Sementara Anna-Mei Xing, pilihan kelapan kejohanan, mengesahkan kejuaraan selepas menamatkan 32 minit perlawanan juga menewaskan pasangan tuan rumah Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 21-12, 21-13 untuk meraih gelaran juara beregu wanita.

Pada masa sama, gelaran juara turut diraih pemain perseorangan lelaki Kok Jing Hong pada Terbuka Sweden 2022 selepas rakan sepasukan Yeoh Seng Zoe menarik diri, susulan kecederaan pada final di IFU Arena di Uppsala.

Susulan kejayaan itu, menyaksikan Jing Hong meraih gelaran pertamanya di pentas antarabangsa.

Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi pasangan Chia Weijie-Low Hang Yee di Sweden apabila terpaksa berpuas hati selepas tewas kepada gandingan Singapura Danny Bawa Chrisnanta-Andy Kwek 13-21, 21-23 pada aksi akhir acara beregu lelaki. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi