Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Azizulhasni Tolak Peluang Kaut Wang Kemenangan Besar Demi Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 8:03PM

Mohd Azizulhasni Awang - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan dirinya pernah beberapa kali menerima tawaran untuk menyertai pasukan profesional dan berlumba dalam siri perlumbaan di Jepun dan Eropah.

Begitupun, pemegang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2021 itu berkata, semua tawaran itu ditolak secara baik demi mengutamakan tanggungjawab terhadap pasukan dan negara tercinta.

Katanya, ia bagi membalas pelaburan besar negara terhadap pencapaian dilakar selama ini.

Menurut atlet berusia 34 tahun itu, di awal penghijrahannya ke Melbourne, Australia, dia pernah mendapat tawaran daripada pasukan Professional Drapac (lebuh raya).

“Siapa tidak kenal pasukan UCI pro conti itu yang pernah dianggotai dua pelumba lebuh raya handalan negara iaitu Adiq Husaini dan Amir Mustafa. Pengasas pasukan itu, Michael Drapac sendiri mengutarakan idea kepada John Beasley mahu meminang saya untuk pasukan beliau.

“Dia mahukan saya sebagai pemecut kerana nampak kebolehan saya di trek dan juga di lebuh raya. Selepas berbincang dengan John Beasley, saya akhirnya menolak dengan baik tawaran tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Azizulhasni yang juga dikenali sebagai ''The Pocket Rocketman'' berkata, selain kecemerlangan dan konsistensi di peringkat antarabangsa dalam acara keirin, corak perlumbaan yang penuh taktikal menyebabkan dia turut dirisik Persatuan Keirin Jepun (JKA) untuk berlumba di negara itu.

“Penuh dengan tradisi, saya diberikan surat jemputan dalam format tradisional Jepun yang siap dengan cop mohor, mengagumkan. Menjadi cita-cita setiap pelumba keirin untuk dipilih dan berlumba di sana. Peluang untuk mengaut wang kemenangan besar juga antara yang ditawarkan jika berlumba di sana. 

“Selepas mengambil sedikit masa, saya membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut dengan penuh hormat. Oleh sebab itu, mereka meminta saya untuk maklumkan apabila saya telah bersedia kerana mereka ingin menjemput kembali. Belum pernah berlaku,” katanya.

Malah beliau berkata, pernah banyak kali ditawarkan untuk berlumba di perlumbaan jemputan di Eropah seperti Six-day track series yang mendapat liputan penyiaran antarabangsa tetapi turut ditolaknya.

“Semua ini adalah kerana saya mengutamakan tanggungjawab saya kepada pasukan negara tercinta. Andai kata saya memilih peluang-peluang tersebut, sudah tentu ianya akan memberikan banyak kelebihan kepada diri dan karier saya.

“Akan tetapi ianya akan mengganggu perancangan dan persiapan untuk kejohanan-kejohanan utama termasuk temasya sukan yang menjadi keutamaan buat pasukan negara. Saya sedia maklum yang Malaysia telah membuat banyak pelaburan untuk memastikan saya berada dimana saya telah berada pada hari ini,” katanya.

Ceritanya lagi, beliau sentiasa mahu memastikan segala wang yang dilaburkan akan cuba dibalas dengan pencapaian, pengorbanan mahupun memberi kembali kepada masyarakat dan juga negara tercinta.

Walaupun anak kelahiran Dungun, Terengganu itu tidak menyebut nama sesiapa dalam hantaran tersebut, ia dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia yang meletak jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Susulan peletakan jawatan itu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan antarabangsa untuk tempoh dua tahun.

Sebagai rekod, semua pemain perlu mendapatkan kelulusan persatuan bagi menyertai kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya