Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Atlet, Kongsi Pengalaman Buruk Jadi Mangsa Salah Laku Seksual

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 11:22AM

Bekas perenang negara memutuskan untuk tampil mendedahkan perkara itu selepas 20 tahun. – Gambar dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan hanya wanita yang menjadi mangsa salah laku seksual sebaliknya atlet lelaki juga tidak terkecuali serta menjadi mangsa, dalam industri sukan di Malaysia.

Dalam satu peristiwa yang mengejutkan tahun lepas, yang menyaksikan semakin ramai atlet Malaysia tampil mendedahkan pengalaman mereka menjadi mangsa, difahamkan kini seorang bekas perenang negara telah mendedahkan menjadi mangsa serangan seksual ketika remaja, dari usia sepuluh hingga 17 tahun.

Dalam temubual dengan The Vibes, atlet berkenaan tidak mahu namanya didedahkan memandangkan siasatan berterusan dijalankan.

Meskipun insiden terbabit berlaku kira-kira dua dekad lalu, dia memutuskan untuk membuat laporan polis tahun lepas dan menyifatkan ia sebagai trauma, kerana terpaksa mengimbau kembali detik-detik mengerikan itu apabila terpaksa memaklumkan setiap butiran kepada pihak berkuasa.

Antara pengalaman yang terpaksa dilaluinya ialah dipaksa melakukan oral seks ke atas pegawai kanan dan sebaliknya.

''Apa yang berlaku ialah dia akan datang kepada kami dan melakukan perkara (perbuatan seksual) kepada kami terlebih dahulu.

''Dia kemudian akan mengheret kami ke dalam tandas, mengurung kami, dan terus menyentuh serta membelai bahagian sulit kami.

''Pada waktu lain, dia akan memaksa kami melakukan perbuatan yang sama ke atasnya, selepas itu, dia akan memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut kami selepas memaksa kami berlutut. Ini berlaku selama beberapa tahun,'' katanya.

Bekas atlet itu memutuskan untuk tampil menceritakan perkara berkenaan kerana bimbang dengan kebajikan atlet lain memandangkan pelaku adalah pegawai dengan pasukan kebangsaan.

''Jika saya tidak melakukan sesuatu mengenainya, dia mungkin masih menganiaya kanak-kanak lain - kerana memikirkan dia boleh melepaskan diri.

''Jika individu ini masih menjadi jurulatih dan dia masih mengumpan kanak-kanak, saya tak nampak kenapa dia tidak akan menganiaya mereka,'' katanya.

Menurutnya, perbuatan seksual itu bukan hanya kepada kanak-kanak lelaki dalam pasukan, malah turut melibatkan kanak-kanak perempuan.

''Individu ini seperti seorang 'abang' kepada kami semua dalam pasukan - saya asyik memikirkan bagaimana saya hendak melaporkan perkara ini kepada ibu bapa saya. Perlu diingatkan, ia berlaku pada 1980-an, bila perkara ini dibincangkan, ia dianggap sebagai taboo. Namun begitu, ia masih sama, selepas sekian lama,'' katanya.

Jelasnya, serangan seksual itu berlaku setiap minggu, malah ia berlaku di luar pusat latihan.

Tambahnya, ketika mereka keluar untuk pertandingan, individu itu didakwa akan memecah masuk ke bilik dan menyentuh mereka selain memberikan mesej tidak wajar kepada atlet lelaki dan perempuan.

''Semasa kami berada di dalam bas dalam perjalanan ke venue kejohanan yang lain, dia sengaja menggosok alat sulitnya. Saya juga berbual dengan sebahagian atlet junior dalam pasukan kebangsaan, yang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa, dan mereka memberitahu perkara sama berlaku kepada mereka,'' jelasnya.

Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripada pengalaman pahit itu serta menjadi semakin berani selepas usianya meningkat untuk melawan gangguan tersebut.

Selepas menamatkan peperiksaan SPM, dia tidak lagi berminat atau bersemangat untuk bersaing.

''Apabila ia berlaku, ramai antara kami yang cuba menjauhkan diri daripadanya manakala ada yang hanya mahu menepisnya. Tetapi ramai di antara kami yang tidak mempunyai keyakinan bahawa tindakan akan diambil bagi membetulkan perkara ini,'' ujarnya.

Bagaimanapun, perkara itu amat sukar baginya dan dia mengaku sehingga kini masih trauma dengan perkara berkenaan.

''Saya menjadi pendiam ketika besar dan ia bukannya sesuatu yang dikongsi secara normal ketika kanak-kanak.

''Jika saya tampil ke depan dengan cerita ini suatu masa lalu, apa yang saya fikirkan ialah tiada siapa yang akan percaya dan itu yang pelaku berkenaan mahu saya percaya.

''Saya tidak rasa saya akan mengatasinya. Namun dengan bertemu ahli terapi, berdoa, bercakap dengan isteri saya dan menyibukkan diri dengan perkara lain, ia membantu saya menguruskan trauma terbabit,'' katanya. - The Vibes, 21 Januari 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 55 minit yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Semasa 18 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi