web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Atlet Digugurkan Masih Boleh Wakili Negara, Berlatih Di MSN

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 7:52AM

Kompleks Sukan MSN di Nilai - Gambar dari Facebook MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan masih berpeluang mewakili negara di kejohanan antarabangsa.

Ahmad Faizal berkata pengguguran itu juga tidak bermakna mereka dilarang menjalani latihan di venue dan fasiliti milik Majlis Sukan Negara (MSN) di seluruh negara dalam meningkatkan prestasi masing-masing.

“Cuma kita tidak meletakkan mereka di bawah Program Podium, seperti sebuah akademi yang kita jaga di bawah satu bumbung. Itu perkara yang perlu difahami semua,” katanya dalam program Inklusif terbitan TV1, malam ini.

Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Program Podium di bawah MSN itu dihentikan.

Katanya Kementerian Kewangan berpandangan perbelanjaan negara perlu diutamakan ke arah proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima pandangan itu.

''Walaupun (penurunan) daripada lebih kurang RM40 juta yang telah diperuntukkan tahun lepas kepada kosong, tetapi kami di KBS telah mencari jalan, dan kami dapat mengumpulkan dana RM17 juta untuk meneruskan Program Podium demi kelangsungan atlet berprestasi tinggi kita,” katanya.

MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan dan hanya mengekalkan 293 atlet (248 normal, 45 para) bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan.

Menyentuh mengenai pengurangan dana terhadap program penyediaan atlet, Ahmad Faizal berkata jumlah jurulatih serta ahli fisoterapi disediakan kepada seseorang atlet dan jumlah kejohanan adalah aspek yang terpaksa dikompromi.

“Sebelum ini kita boleh bermewah seorang atlet kita bekalkan dengan seorang jurulatih dan ahli fisioterapi bergaji tetap, dengan pemakanan tahap terbaik dan boleh hantar ke semua kejohanan. Sekarang kita kurangkan, seorang jurulatih serta ahli fisioterapi untuk menjaga beberapa atlet dan kejohanan yang terpilih saja kita hantar,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad