web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Man United Menang Mudah, Kelakuan Ronaldo Jadi Bualan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 7:39AM

Rangnick meraikan kemenangan ke atas Brentford bersama pemainnya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Ralf Rangnick membela Cristiano Ronaldo selepas bintang Manchester United itu kelihatan marah selepas digantikan dalam kemenangan 3-1 ke atas Brentford awal pagi tadi.

United terhutang budi dengan David de Gea kerana persembahan cemerlangnya di babak pertama banyak menggagalkan cubaan Brentford sebelum The Red Devils bangkit di babak kedua di London Barat.

Anthony Elanga meletakkan United di hadapan pada awal babak kedua sebelum Mason Greenwood dan Marcus Rashford melengkapkan jaringan untuk kemenangan Liga Perdana Inggeris pertama pasukan itu dalam tiga perlawanan.

Tetapi reaksi Ronaldo, yang jelas tampak tidak gembira, kepada keputusan Rangnick untuk mengeluarkannya pada minit ke 71 menjadi bahan bualan.

Beliau menggelengkan kepalanya dan bercakap kepada diri sendiri, Ronaldo dilihat seperti mengatakan sesuatu kepada Rangnick apabila berselisih dengan pengurus dari Jerman itu.

Dia dengan marah membaling kotnya ke lantai dan menunjuk kepada dirinya sendiri dengan rakan sepasukan yang lain memaling pandangan ke arah lain.

Rangnick pada mulanya tidak mengendahkan kelakuan Ronaldo sebelum duduk di sebelah bintang Portugal itu dan cuba menenangkannya.

Kelakuan pemain yang berusia 36 tahun itu menimbulkan persoalan baharu tentang kesanggupannya untuk menyesuaikan diri dengan sistem Rangnick selepas persembahan yang kurang memberangsangkan.

Bagaimanapun, Rangnick tidak mengkritik Ronaldo apabila ditanya tentang reaksinya itu.

“Itu adalah normal, beliau seorang penyerang dan mahu menjaringkan gol.

“Dia baharu kembali dari kecederaan dan bagi saya amat penting untuk ingat yang dalam masa beberapa hari lagi kami akan turun dalam perlawanan seterusnya.

“Kami mendahului 2-0, sama seperti di Aston Villa. Saya membuat keputusan untuk mempertahankan kelebihan itu dan keputusan untuk berubah kepada lima pemain pertahanan adalah yang betul,” kata Rangnick.

Ivan Toney menjaringkan gol sagu hati buat Brentford. - AFP

Keputusan lain:

Leicester 2 Tottenham 3

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad